Oh hampir terlupa pula cerita tentang DSLR Canon 450D saya ni. 2 hari sebelum bertolak balik kampung untuk Raya, kami pun kemas2 lah rumah bagai. Walaupun sibuk, tapi sebab tak sampai hati nak tinggal rumah begitu sahaja, maka operasi mengemas besar-besaran pun berlaku.
Tetiba time nak kemas bilik bawah, ayah damia ternampak lah kamera ni dalam Dry Box. Lalu dia bertanya kepada saya jadi tak nak jual kamera ni, saya kata "on" sebab sebelum ni saya kan pernah offer kamera ni dari harga RM1300, the reduce harga jadi RM1100. So saya bayangkan ayah damia akan jual dengan harga tu lah.
Alih2 saya tgk kat FB, huaaaa boleh pulak ayah damia buka harga RM800 sahaja. Nak nanges rasanya. Masa tu ramai lah yang pm dia, pm saya, whatapps dia, whatapps saya tanya pasal kamera tu. Ramai yg tak percaya yang ayah damia jual dengan harga RM800 sahaja. Ok lah saya pun malas cakap banyak "on" jer lah dengan harga RM800 tu. Tapi rata2 yang bertanya bagi alasan lepas raya lah sebab duit banyak nak pakai tine raya. Kalau nak tahu ada dealer CocoDamia pergi beraya kat rumah saya di Pasir Mas, siap suruh Chop lagi kamera tu. Tunggu lepas raya baru bayar. Huhu.. Konsep kami mudah jer, siapa bayar dulu dia punya. Al-maklum ler kamera saya tu tetiba jadi Hot pula ramai yg nak beli.
Lepas tu masa kat kampung, dah ada 3 org yang confirm nak beli. Ayah damia mengiyakan sahaja. Katanya siapa bayar dulu dia punya. Bukan apa, ayah damia sebenarnya kesian ngan DSLR tu sebab dah setahun lebih weiii duduk diam2 dalam Dry Box tu.. Katanya daripada rosak atau naik fungus sebab tak guna, baik jual murah2 kat org. Dapat juga pahala tolong orang. Saya pula sayang bangat kamera tu sebab dengan kamera pertama saya tu lah banyak contest kat blog saya menang dan penuh dengan memori gitu. Lagipun ayah damia cakap saya kan dah guna DSLR sekarang, buat apa guna banyak2. Ok ok saya follow jer walaupun berat hati saya nak jual. Ya lah beli dulu dekat RM3000 weii kat Angsana! Alih2 nak jual murah pulak.
Lepas tu sampai je JB, ayah damia cakap, Fazli jiran kita nak beli kamera tu! Hah jiran kita? Ok lah tu sebab tak lah jauh sangat kamera tu dijual. Kalau rasa rindu still boleh nampak lagi kamera tu depan mata kan.
So, sehari selepas kami balik JB, jiran kami pun datang lah rumah nak bayar dan amik kamera tu. Untung youu!! Siap feee coaching lagi tu ayah damia bagi. Apa yang tak faham leh direct whatapps tanya terus. Time nak bayar, Jiran tu cakap RM700 kan, ayah damia kata ya!!! Huaaaaa rasa nak nanges hokayyy!!! Aritu kata Jual RM800, ni jual RM700 jer. Double triple nak nangis ok. Bila tanya ayah damia, dia jawab "tak pe lah jiran2, bagilah murah".. Haishh sabo jer lah kalau org lelaki jual gadget ni! Dia kata daripada buat perhiasan dalam dry box, baik tolong org yang betul2 bak beli DSLR.. Huhu..
Memang rezeki jiran saya lah. Condition DSLR tu dah lah tip top, siap free baterry grip dan extra bateri lagi, pastu beg canon ni pun masih keras dan baru hah! Tak berusik pun sebab saya guna beg EOS yang kecik tu. Sebab tu beg original ni tak guna. Apa2 pun semoga DSLR saya tu dapat berbakti pula utk tuan barunya. Memang sayang sangat kamera tu, tapi apa nak buat. Nasib baik ada ayah damia yang cekal hati tolong jual. Kalau harapkan saya, sampai tua pun saya nak simpan kamera tu buat kenangan. Hihu!!!
P/s: Smart Kamera Samsung saya lagi kesian, tak sampai 3 kali kot saya guna. Hoho
No comments:
Post a Comment