Sunday, August 25, 2013

Dah selamat fly..

Seawal 5 pagi bangun sebab nak siap2 ke airport. Gate close jam 6:50 pagi. So ngam-ngam sampai airport dari rumah jam 6 pagi, terus boleh masuk balai pelepasan sebab dah check in siap2 online.


Sebenarnya nak hantar tok ma dan tok ayah both Damias balik kelantan. Tapi transit dulu kat KL. Nasib baik ada abang ipar yang amik dulu dioarg balik bangi rehat2. Jam 4 petang nanti baru flight KL-KB. 


 Bye bye tok ma dan tok ayah.

 
Haha settled semua, terus kami ke Mc'D airport utk breakfast. Awal giler breakfast.


Budak2 ok jer breakfast Mc'D..


Dah kul 7 lebih baru balik. Sampai jer rumah sambung tidoooooooo lagi. 


Kul 11 pagi baru bangun siap2 nak gi beraya sakan harini. My first halfmoon shawl. Beli sebab nak pakai masa raya pertama. Tapi sebab fikir susah pulak nak solat raya buka2 shawl, so tak jadi pakai. Ni baru pakai hah.


Rumah pertama kami beraya harini a.k.a rumah my staff juga. Cikgu Penanda kertas SPM. Wahhh syoknya tgk banyak ketupat ni. Makan pula dengan kuah kacang. Memang marvelous. Terima kasih Allah kurniakan kami nikmat merasai kesedapan makanan.

P/s: Alhamdulillah, open house fasa ke 2 dah selesai malam tadi. Meriah betul jumpa kawan2 yg dah lama tak jumpa. Ada yg dah ada baby baru, ada yang dah pregnant. Insyallah nanti open house bersama marhaban utk jiran2 pula.

Post a Comment