Thursday, August 15, 2013

Singgah Cherating dan Jemaluang makan durian!!!

Pantang nampak durian, nak ajer rasa dan makan. Sampaikan anak2 pun dah menurun si ayah yang hantu Durian.

Kecik2 dulu Aleesya pantang bau durian. Belum makan lagi. Kejap2 mesti nak muntah. Tapi sejak dah besar sikit ni, berselera pulak makan durian. Siap minta nak makan kalau nampak kat tepi jalan.

Btw since balik kampung aritu lalu jalan Segamat, kiri kanan penuh org jual durian. Nak berhenti makan, puasa. Lepas tu balik Kota Bharu, nampak orang jual durian, tak ada masa pula nak makan. Sibuk beraya rumah tu rumah ni.
So sepanjang otw balik JB, amik kesempatan lah singgah makan durian.


Ni masa otw dari Kota Bharu ke Kuantan. Singgah kat area Cherating depan Impiana Hotel tu. Comel2 jer durian kampung tu.


See, berselera both Damias makan. Tak cukup 2 biji, 4 biji ditambahnya makan.


Durian kampung ulas2 kecik, tapi penuh lemak dan berkrim. Sekali sendawa, sendiri tau ya.. Hihi


Lepas tu otw balik JB lepas one night transit kat kuantan, singgah pula kat Jemaluang. Kali ni pun ramai kiri kanan org jual durian. Rata2 orang cina jual. Sebab banyak persaingan, so harga sangatlah berbaloi.


Semua durian kampung ni..


Sukalan dia dapat makan durian.


Sampai 7 biji kami makan durian kat sini.


Ini memang betul2 Hantu Durian kan. Kalau ayah damia memang suka makan pulut durian. Saya pula suka makan pengat durian bersama pulut. Anak2 tak kisah.

P/s: Uolss hantu durian juga ke?






Post a Comment