Wednesday, August 28, 2013

Lunch di 7 Spices Indian Cuisine bersama mertua



Hari Sabtu lepas, bawak PIL makan2 di 7 Spices. Makan nasi dalam daun pisang gitu. Btw ni kali ke 2 kami makan disitu. First2 dulu makan malam kat sini.


Sekali sekala kalau PIL atau mak sendiri datang, memang suka bawa mereka treatment makan2 kat luar. 


Mak mertua, Aleesya dan saya. Hihi.. Diaorg pun dah faham saya ni memang kaki amik gambar. Dulu2 segan saya nak suruh, sekarang ok jer semua sporting!


Yeayy!! Makanan kami dah sampai. Memang wajib makan dalam daun pisang gitu kat sini. Selain kami order beriani ayam dan beriani kambing, menu lain yang kami add on adalah udang masak masala dan kari kepala ikan. Kepedasannya memang menyengit ya kat lidah tu..:)


Perghhhh bersungguh hokeyy both Damias makan. Siap bertambah-tambah lagi. Tapi both Damias makan nasi putih sebab beriani dia kuat rempah. Takut pedih perut pula. Oh ya kalau uolsss order set beriani kat sini, satu mangkuk tu boleh makan 2 orang. Tu kami lah sebab portion nasinya banyak2. Tapi lauknya sikit. Hihi
Post a Comment