Wednesday, August 14, 2013

Makan udang galah saiz XXXXXL di Rompin

Kalau lalu Rompin, tak sah tak singgah makan udang galah kat sini. Even signboard pun ada replika udang galah kat Rompin ni.


Ada macam2 saiz. Dari L ke XXXXXL.. Harga bermula dari RM3 seekor kalau yang saiz L dan RM50 seekor kalau saiz XXXXXL..


Yang ni udang paling kecik saiz L. Masak lemak cili padi.. 


Ni udang galah yg saya ambil. Saiz XXXXXL.. Boleh dikatakan yang paling besar saya ambil. Walaupun dah kenyang breakfast kat hotel, tapi nak juga makan lunch kul 11 kat Rompin tu semata2 nak makan udang galah punya pasal. 


Udang galah ni kalau yang saiz besar, sesungutnya pun banyak isi tau. Saya makan udang galah masak sos ni seekor, sepinggan sayur masak lemak dan telur masin. Memang puas hati. Insyallah lain kali singgah lagi.

P/s: Ramai yg tanya saya kat FB kedai ni kat mana. Sebenarnya kedai ni macam gerai banyak2 kat tepi jalan tu. Sebelah simpang nak masuk Muadzam Shah. Memang kiranya hentian utk org makan. Rata2 gerai memang jual udang galah kat situ. Kalau nasib baik, ada yg jual udang galah mentah lagi kat situ.




Post a Comment