Hari Ahad lepas, saya buat makan2 sikit untuk memenuhi permintaan pelajar2 SPM saya..
Al-maklum ler..lepas ni dah start sekolah, trial SPM pun dah bermula..
So alasan diaorg kena buat cepat2 sebab lepas ni dah boleh fokus pada exam trial..
Haha, ye lah tu boleh percaya kan..
Tapi demi tak menghampakan diaorg, saya buat juga sikit2..:)
Selain daripada menu utama Breakfast Raya pada hari tersebut i.e nasi lemak sambal kaw-kaw sedap (tiap2 tahun mesti ada menu ni), meehoon goreng, lemang dan nasi impit beserta rendang, ada juga menu tambahan2 lain sepeti koktail nangka di atas, kek lapis, aneka kuih muih instant dan lain2..
Terima kasih semua sebab sudi datang beraya rumah cikgu!!!
Memang meriah semuanya pabila berkumpul ramai2 cam ni..
Ni pun ada separuh tak datang. Sebab masing2 ada hal kan..
Lepas sesi makan-makan, diadakan pula cabutan Duit Raya bertuah..
Paling banyak RM50, paling sikit RM2..
Haha, atas nasib lah kan sapa dapat rezeki masing2..
Jeng jeng jeng...kita tgk siapa yang kena...
Lepas tu bergambar ramai2 pula..
Btw ada jer gambar2 cun dari DSLR..
Haishhh, tak sempat pulak nak transfer lagi..
Kira aci lah ya updated guna gambar dari iphone dulu...
Nanti ada masa kita upload gambar2 via DSLR pula..
Dah nak balik..
Sebenarnya bukan balik..tapi konvoi ramai2 beraya ke rumah para students pula..
Saya dan ayah damia pun konvoi sama..
Sekali dah sampai simpang jalan nak keluar rumah, terserempak pula dengan ex-students saya (SPM 2012) datang nak beraya. So balik rumah dulu..
Tq sebab sudi datang beraya rumah cikgu..
Ni pun ada yang tak balik Matrik lagi minggu ni..
Lepas sahaja ex-students saya balik, saya pun cepat2 pergi beraya rumah students saya seperti dijanjikan.
Kesian anak2 murid saya tunggu lama kat rumah tu..
Wahhh uniknya menu kat rumah ni..
Siap ada udang sambal masak petai, jering, kari nangka, sembilang masak asam pedas dan gulai lemak pisang muda. Wahhh ini betul2 menu masakan kampung..
Tapi saya makan apa yang boleh dimakan seperti gambar diatas sahaja..hihi
Oh ya, siap ada terubuk masin lagi...walla...
Then pergi beraya pula rumah students saya yang lain..
Hihi..meriah beraya dengan students macam ni...
Lagipun boleh kenal ibu bapa dengan lebih erat sambil2 bercerita tentang prestasi pelajaran anak2 masing2..
Dan kebanyakan ibu bapa memang sporting..
Dan-dan nak gi beraya rumah students saya yang seterusnya, tetiba dapat call ada kawan nak datang beraya pula, otw pulak tu...so saya dan ayah damia balik rumah..pelajar2 saya terus konvoi ke rumah seterusnya. Nasib baik kat rumah saya masih ada lagi sedikit makanan. So tak ralat sangat tetiba ada org datang nak beraya secara mengejut kan..hihi..tapi itu jker lah yang tinggal. Boleh lah kan..
Tq Lina dan family datanng beraya rumah kami. Ni kira last guest dah ni. Masa ni jam 4 petang lebih. Balik jer tetamu, cepat2 naik atas zzzzzz...walaupun pelajar2 saya tak jemu2 sms ajak ikut diaorg gi beraya lagi.....huaaa...tak larat dah saya..memang penat amat sangat....
Terima kasih kepada semua yang datang beraya rumah cikgu hari ahad lepas ya.
Tetamu membawa berkat..Saya memang suka masak2 kalau tetamu datang..
Ok, kita tunggu Open House fasa seterusnya pula ya..
Alamakkk, bila nak buat tu??
No comments:
Post a Comment