Monday, August 26, 2013

Open house fasa ke 2 II kaki, ekor, tulang semua ada..

Sabtu malam ahad lepas, berkesempatan buat open house fasa ke 2. Tu pun sebab ada kawan2 lama yang dah lama tak jumpa nak datang. Sekarang senang nak ajak gi open house, via group kat whatapps jer, terus on. Hihi..


Antara menu yang direquest oleh mereka, puding roti CocoDamia!!! Wajib buat katanya. Kalau boleh nak sebijikkk macam dalam gambar kat Facebook tu.. Hamboii!!! Sebab buat banyak, saya guna oven kalini. So nampak kering sikit kat atas. Berbeza ngan saya buat tempohari dalam Magic Pan tu jer. Senang dan lebih lembab2. 


Sup kaki, ekor dan tulang lembu menjadi pujaan. Hihi..


Antara menu lain adalah rojak buah. Guna kuah rojak Mak Bee, pastu diolah sikit dengan resepi saya sendiri. Alhamdulillah, ramai yg cakap sedap!!!


Kalau nak tahu, saya dah siap2 masak dalam kul 7 malam. Lepas maghrib sempat lagi gi beraya kat rumah kawan ayah damia kat Pulai Indah. Kebetulan dia buat open house. Bawa mertua sekali. Then cepat2 balik rumah sebab ada kawan whatapps dah sampai kat simpang nak masuk rumah. Haha, kelakar.. Tetamu hampir nak sampai rumah baru kami sampai. Sampai2 jer angkut cepat2 makanan kat dapur hidang kat luar.


Berperingkat diaorg ni datang. Ada yang datang kul 8:30, 9:30 dan paling last 10:30 malam sebab rumahnya ada marhaban.


Sambil makan, bolehlah berchattinh dengan kawan2 yang lama dah tak jumpa. Ada yang dah ada baby baru. Rata2 baru umur 3-6 bulan. Dan ada pula yang baru pregnant. Rata2 pun baru   Pregnant 2-4 bulan. Wahhh korang ni memang suka saing2 erkk nak dapat anak.


Kanak2 meriah. Bayangkan 10 keluarga masing2 ada 2-4 anak.. Mau tak meriah rumah kan. Hampir sebaya pulak tu semua!


Afiq bukan main suka makan sup lagi ya. Budak2 lain siap bertambah2 makan sup. Ada kawan saya cakap "kalau aunty jadi aunty ayu, tak kecik hati masak banyak2 cam ni, sedap sangat".. Hihi.. Alhamdulillah.. Syukur sebab saya kan suka masak2.. Kalau org suka makan makanan kita, memang sangat2 suka!


Hah tu, 2 orang mak buyong, 2 orang ada baby kecik, yang hujung sekali pakai jubah hitam tu still free and easy ya..:)


Dan ini yang paling saya suka!!! Habis licin selicin licinnya. Senang kerja saya nak basuh pinggan mangkuk dan periuk bagai. Ya Allah, happy tgk tetamu semua makan-makan. Insyallah, lain kali kita gather-gather lagi ya. Bukan senang nak jumpa cam ni kan. Selalu pun bertegur dalam alam maya jer lah.


Kebetulan pula minggu lepas masa saya buat open house utk students tu ada yg tak datang. So mana yang dekat2 ayah damia jemput sekali. See, budak2 ni lah yang menghabiskan segala kaki dan lutut lembu bagai. Hihi


Dengan rakusnya mereka makan!!! Nasib baik daging dan urat bagai tu lembut. So senang bangat utk mereka gigit.

P/s: Ok, kita tunggu pula open house fasa ke 3 bersama marhaban di rumah kami ya. Menu apa pulak kalini nak buat?













Post a Comment