Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa,
Dalam bergurau mungkin terlanjur senda,
Dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota,
Dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung rasa,
Dalam berblog mungkin juga tersalah coretan pena,
Maaf zahir dan batin ikhlas dipinta,
Semoga Raya kali ini kita semua ceria.
Daripada Khairuddin, Zarina Ayu, Aleesya dan Ayyunie..
Alhamdulillah, santapan pagi ni menu nasi dagang, gulai serati, gulai udang, gulai ayam, gulai ikan ayo dan pelbagai makanan sampingan.
Solat sunat Aidilfitri dapat disempurnakan ramai2 hari ini. Alhamdulillah setakat ni tak pernah miss solat Sunat Aidilfitri sepanjang menjadi seorang isteri kecuali Allah Bagi cuti. Masih terbayang2 masa saya ngandungkan Aleesya solat Sunat Aidilfitri tatkala 2 hari lagi nak lahirkan Aleesya. Semoga Allah terus bagi kita kemenangan dalam apa jua urusan yang dilakukan.
No comments:
Post a Comment