Friday, August 16, 2013

Makan-makan Raya!!!

Lunch tadi, tetiba datang idea nak belanja staff CocoDamia. Ingat nak bawa diaorg makan kat luar, tapi staff lelaki nak gi Solat Jumaat lah pulak. Takut tak sempat.


So sudahnya beli jer lah lemang dan rendang yang jual depan office ni. Ya Allah.. Lembut yang amat lemang tu. Mungkin lemang baru. So masih lembut dan lemak2 gitu. Rendang daging pun just nice rasanya. Memang puas hati. Sebab dah terkena banyak kali beli lemang keras. May be lemang tak habis yang dipanas-panaskan. Tu yg keras.

Selain lemang, sempat juga beli buah manggis dan buah durian sebagai hidangan sampingan. Dah big boss nya hantu durian. Wajib ada durian kan. Hihi.. 

Alhamdulillah.. Kenyang dan berselera sungguh kami makan lunch tadi. Dah makan2, cepat2 buang kulit durian kat tong sampah bawah. Kang seminggu tak hilang lagi bau durian dalam office.

P/s: Ahad ni ada breakfast raya utk semua students SPM saya kat rumah. Diaorg ni hari2 menuntut nak datang beraya kat rumah saya walaupun masing2 dah berapa kali datang makan2 kat rumah saya kan..tak pe lah... Amik hati diaorg sebelum trial SPM akan bermula tak lama lagi. Open House utk yang lain-lain sentiasa terbuka. Call dulu sebelum datang ya..:)



Post a Comment