Wednesday, August 14, 2013

Perasaan pabila dah sampai rumah sendiri?

Membuak2 nak beraya dan memasak di rumah sendiri!!! Sampaikan otw dari Kuantan balik JB, tak nyempat2 nak balik rumah dulu, siap singgah pasar Kipmart shopping segala lauk pauk dan sayur mayur bagai. Semuanya utk persiapan masak memasak kot2 ada tetamu yg terjah Raya ke rumah saya..:)

Alhamdulillah, setelah one night transit di Kuantan, jam 10 pagi lepas breakfast dan budak2 main swimming pool, terus gerak balik ke JB.. Otw tu siap singgah makan udang galah besar kat Rompin dan juga durian kampung di Jemaluang. Walhal sehari sebelum tu sempat makan durian di Cherating. Tiba di JB jam 3 petang. Siap3 beli lauk sampai rumah jam 5:30 petang. Terus masuk dapur masak memasak. Kan saya kata, membuak2 nak masak kat rumah sendiri.

Oh ya, sebelum tu.. Sampai2 jer rumah, nak startkan kereta wish.. Huaaaa.. Tak hidup2.. Nak kata bateri kong tak logik... Agaknya merajuk kot sebab kena tinggal 9 hari kat rumah. Ya lah dah 5 tahun guna wish balik kampung dengan jayanya, kalini merajuklah kot ditinggalkan begitu lama. Tapi tak sampai 10 minit, dapat dihidupkan semula. Kereta pun kena usap2 manja dan cakap2 ngan dia. Barulah beres..:)


Hah tu dia.. Tak nyempat nak balik rumah. Siap beli besen baru takut air lauk2 terkena luggage kami. Ada tu dah siap2 beli rencah, rempah dan aneka beras di Pasar Payang.


Nak buat sup kaki gearbox.. Belilah sepuntung kaki lembu!!! Malam tadi dah siap pun separuh buat sup kaki. Makan time panas2, memang yummy!!!


Daging nak buat rendang ni...boleh makan dengan lemang.


Ikan nak masak asam pedas. Yummy!!!


Aneka lauk pauk lagi ni hah dalam besen. Ikan ayo nak makan dengan masi dagang, ikan selayang nak makan dengan laksa, ayam nak buat masak merah.. Konon perancangan semua tu.. Masaknya ntah bila.. Hihu.. Almaklumlah harini dah start keje.


Aneka ulam-ulaman dan juga sayur mayur. Standby dalam peti siap2 senang. Tetamu call nak datang terus zass boleh masak kan. Normally mu students lah tak putus2 datang rumah. Kalau ada yang Terjah Raya tanpa call, ada juga yang minum air teh o dan biskut Jacobs jer nanti. Hihi

P/s: Pagi ni  tuisyen dah start belajar, kilang Cocodamia dah start courier barang dan kerja, butik pun dah start potong kain berkayu2 tu. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan rezeki kesihatan utk aku dan suami meneruskan pencarian rezeki yang halal ini.

P/s: Banyak gambar2 disnap utk raya 2013 ni. Ada yg dah upload via instagram dan FB serta wechat. So kalau  ada masa, saya upload via Blog pula ya.

P/s: Terima kasih kepada yang sudi singgah di blog dan komen kat blog saya ni. Selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada pembaca2 blog saya. 





Post a Comment