Tuesday, November 3, 2009

::HAPPY BIRTHDAY ::



Hari ni umur ibu meningkat lagi setahun. Alhamdulillah ibu masih bernafas di muka bumi Allah ini. Rasanya masih tergiang2 di bayangan kepala ibu cam mana kehidupan ibu masa kecik2, sekolah rendah, kemudian naik sekolah menengah, pas tu menginjak ke alam Universiti sehingga bertemu dengan ayah serta menjadi suri dalam hati ayah. Ibu juga masih ingat saat2 manis dan pahit untuk mendapatkan Aleesya + Ayyunie. Sedar tak sedar semuanya berlalu dengan begitu cepat sekali.

Harapan ibu semoga ibu menjadi seorang hamba yg lebih abdi kepadaNya, menjadi seorang isteri yang solehah dan mithali, menjadi seorang ibu yang dihormati dan peka pada anak-anak, menjadi seorang pekerja yang berdedikasi, serta menjadi orang yang disukai oleh masyarakat sekeliling.

Hadiah yg diminta??? Sebenarnya ibu tak kisah pun coz ibu bukanlah budak2 lagi. Bagi ibu dah tak der apa yg perlu diminta lagi coz semuanya dah lengkap bagi ibu. Tapi ibu tahu suami mana yg takkan bagi hadiah kat isterinya kan. Lagi2 lah sejak ader anak2 ni, ayah memang kena beli 3 hadiah (wakil drp aleesya + ayyunie). Itulah yg diterapkan dalam keluarga ibu yg mana anak2 juga sama2 membeli hadiah tak kira untuk birthday ibu atau ayah. Itulah antara salah satu cara cam mana nak didik aleesya + ayyunie lebih menghargai orang tersayang. Walaupun diorg masih kecik dalam bab2 memilih hadiah, tapi kira macam wakil lah kan. Ibu ingat lagi tahun lepas Aleesya (Ayyunie dalam perut masa tu) bagi perfume Bodyshop kat ibu. Hadiah ayah??? Biarlah rahsia....

Tahun ni ibu dah boleh agak2 sebenarnya apa hadiah ibu tu coz 2 minggu lepas ayah telah memecahkan benda tersebut. Sampaikan hari ni ibu tak sedap duduk kalau tak pakai benda tu. Kita tgk je lah nanti betul ke tak tekaan ibu tu...

Last but not least, ibu mendoakan agar keluarga ibu (ibu + ayah + aleesya + ayyunie) hidup bahagia dan jauh drp sebarang bala dan musibah. Bagi ibu anak2 adalah hadiah yang tak ternilai bagi ibu dan masa dengan anak2 juga merupakan intan belian yg tak mungkin terbalas. 




p/s: actually ibu lahir 11.45 mlm nanti...





Regard:


Post a Comment