Thursday, November 19, 2009

::Berita Terkini - Tahniah kepada pelajar2 UPSR PBP::










Berita Terkini
Bersiaran secara Langsung dari Pusat Bahasa Pelangi (PBP)


Khamis, 19 November - Setakat ini seramai 15 daripada calon UPSR telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun ini (2009). Manakala yang mendapat 4A 1B pula adalah seramai 5 orang. Pihak Pusat Bahasa Pelangi amat berbangga dengan pencapaian ini dan berharap agar tahun depan Pusat Bahasa Pelangi dapat melahirkan ramai lagi pelajar2 yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kebanyakan pelajar yang mendapat 5A adalah dari Sek. Keb Taman Universiti (4) dan juga Sek Keb Taman Sri Pulai. Dan tahniah juga kepada Aini Ruzaini kerana telah diberi Gelaran Tokoh Sekolah. 


Menurut kata Pengetua/Pengerusi Pusat Bahasa Pelangi, Khairuddin bin Muhammad, beliau amat teruja dan gembira akan kejayaan ini. Tahun-tahun sebelum ini juga Pusat Bahasa Pelangi telah melahirkan ramai pelajar yang cemerlang, dan pada tahun ini bilangannya semakin bertambah. Alhamdulillah. Menurut beliau juga, seperti setiap tahun, Majlis Penyampaian hadiah dan wang sumbangan juga akan diadakan. Dan yang pasti tahun ni pasti lebih hebat ganjarannya.


Antara pelajar2 yang cemerlang tersebut adalah Eizzah Aqilah, Siti Rozaireen, Muhammad Firdaus, Muhammad Amzar, Muzammer, Fatini, Adilla, Afifa Intan, Adrianna, Aini Ruzaini, Auji Najwa, Nasreen, Hazwan, Shahrul Syazwan, Muhammad Arif, Syarifah Ameena, dan beberapa lagi pelajar.

Diharap dengan kejayaan ini, dapat mengembangkan lagi pasaran Pusat Bahasa Pelangi serta kualiti dan keberkesanan pelajaran dan pembelajaran semakin berkesan.


Walaubagaimanpun, masih terdapat beberapa pelajar yang tidak dapat dihubungi. 


Dibawah adalah gambar2 sekitar penyampaian hadiah, sijil dan sumbangan wang kepada pelajar2 yang berjaya dalan UPSR tahun 2008.




 Pengetua/Pengerusi sedang membaca teks ucapan

 
 Khusyuknya tetamu mendengar ucapan drp Pengetua/ Pengerusi

 
 Antara tetamu yg hadir

 
 Penyampaian sedikit sumbangan dan sijil

 
 Pengetua senyum simpul atas kejayaan pelajar2

 
 Bergambar bersama tunggak PBP
(abaikan perutku yg buncit itu oz tgh peknen 7 month)

 
 Bersama staff2

 
 Jamuan ringan disediakan

 
 Cikgu 2 pun nak enterframe


p/s: Skema tul ayat kat atas
Suka lah tu ayah damia leh enterframe kat sini
Keputusan ni bukan keputusan sepenuhnya lagi coz masih ader pelajar yg tak dapat dihubungi
Will update later


p/s: Hari ni tak der mood nak updated citer diri sendiri, jantung dup dap dup dap menantikan keputusan
Tu baru anak2 orang lain....kalau lah Damia Aleesya atau Damia Ayyunie yg amik keputusan ni.
Rasanya mahu tercabut jantung ni


p/s: Nanti nak update pasal progress learning + studying Aleesya lah
 
Sekian


Laporan disediakan oleh:














4 comments:

Aleyn said...

Wargh...meriahnyer majlis...

anak2 sekarang memang dah pandai2 kan..Alhamdulillah

ibu damia said...

alhamdulillah.....moga2 anak2 kita pun tergolong dalam yang pandai2 dan berilmu juga....

Anonymous said...

xsaba tgu ank sendiri amik exam.watnye dpt 5A mau ibu dia yang mlompat hehe

Mrs. Simplicity said...

baru baca, tahniah!