Blog post pertama saya pada tahun 2013:
SYUKUR ALHAMDULILLAH..2003-2013, dah 10 tahun usia business Pusat Tuisyen Pelangi dan pusat bahasa pelangi yang sama-sama saya bangunkan bersama suami Khai Mohd. Dari 1 pusat induk, kini berkembang dengan cawangan yang ada. Lagi lama usia business kami dari usia perkahwinan kami yang baru 8 tahun ijab kabul. Bermula dari alam percintaan, kemudian alam pertunangan, dan diakhiri dengan alam perkahwinan, kemudian dikurniakan dengan 2 org puteri comel saya, semuanya dengan hasil business saya ini. Malahan hantaran saya juga adalah hasil duit business saya ini. Kami sama2 memulakan langkah dengan zero, dan kini kami sama-sama hargai usaha keras kami walaupun mungkin bagi sesetengah orang business kami ni biasa sahaja. Kami tidak memulakan business kami dengan mentor, kami tidak memulakan business kami dengan pinjaman bank, dan kami hanya memulakan business kami dengan restu ibu bapa dan berpangkal pada YAKIN DAN REDHA dengan rezeki ALLAH. Dan kini saya tidak harus berpuas hati dengan apa yang saya miliki, malahan akan terus berbakti demi kualiti yang diberi. TERIMA KASIH YA ALLAH atas nikmat yang dipinjamkan bersama keluarga tercinta saya. Insyallah, setiap hasil yang didapati, pasti akan dikongsi bersama dengan yang memerlukan. Aminn..
Untuk maju dengan daya usaha sendiri, ilmu juga perlu dicari..
Walaupun bayaran RM699 untuk 1 course per person dikatakan agak mahal, tapi amat berbaloi dengan ilmu yang diperolehi. Ilmu yang jarang2 org luar tahu, atau erti kata lain, ilmu yang seorang usahawan perlu tahu. Namun begitu, akan saya kongsikan juga dengan para students saya serta rakan2 yang betul2 ingin tahu ilmu yang saya dan suami pelajari masa kami attend seminar 1 hari dikajang tempoh hari. Antara ilmu yang tak sabar saya nak kongsi bersama ialah, bila waktu munajab utk berdoa, dalam keadaan kita macam mana doa kita sampai, bagaimana nak mustajabkan doa kita tu dengan cara yang betul serta banyak lagi ilmu2 yang saya rasa boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian kita. Itu lah yang saya belajar masa menghadiri seminar "Magnet Rezeki" tempohari.
Cam tak mana saya??? BTW sepatutnya tema haritu warna hijau, tapi saya dapat info masa pagi kul 6 pagi pasal tema tu...redah jer lah baju warna apa, janji ilmu menusuk di sanubari...jauh dari JB ke Kajang mencari ilmu, takkan kerana tema hijau nak cancel pulakkan...hihi..
Seramai 90 peserta yang terlibat pada hari tersebut. Tak kira apa jua ilmu yang dicari, menuntut ilmu itu adalah WAJIB. Aminn..
p/s: Saya dah tampal siap2 wish card masa yang dibuat dalam seminar ni kat pintu bilik saya. Semoga 10 wishlist saya tu tercapa. Ya Allah Ya Tuhanku, IZINkan aku mencapai sepuluh wishlist yang aku tulis dalam wish card tersebut. Kerana kekuasaanMU tiada batas dan hadnya. Terima kasih ALLAH.
p/s: Saya pernah pergi seminar Dr. Azizan. Wishlist yang ditulis dalam postcard akan dipos oleh diri kita sendiri. Sweetkan..

NOTA KAKI:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
No comments:
Post a Comment