Monday, December 31, 2012

Bermanja-manjaan di True Harmony Spa Sutera Utama

Best!!! Memang best!!! Masa yang diperuntukkan 3 jam setengah untuk memanjakan diri di True Harmony Spa memang berbaloi. Nasib baik senang jer cari kat Shop lot kat area Sutera Utama tu.





Mula2 sampai procedur biasalah, isi borang.




Pastu ada welcome tea. Rasa pahit dan masam2. Teh spa mana ada manis2 kan..:))




Lepas tu buat lah foot massage. Sebelum tu cuci kaki dulu!!!





Dah siap2 foot massage, masuk steam bath pula.. Amboiii siap ada muzik sekali dalam tu. Asap punyalah banyak.. Last2 saya turunkan sendiri suhu dalam tu. Sukar nak bernafas dalam asap yg banyak??? Tak pa, diaorg dah standby tuala basa utk kita tutup muka. 25 minit dalam tu. Fuhhh lamanya masa berlalu sebab saya ni jenis tak tahan panas.




Lepas tu apa lagi??? Milk bath pula. Lucu jet istilah milk bath tu sebab guna sabun susu Johnson & Johnson. Tapi jujurnya berjacuzzi dalam ni sgtlah syokkkkk. Tetiba ada hati nak beli set jacuzzi ni. Tapi mana mau letak???




Dah siap tu, body scrub pula. Bahan2 scrub ada ginger. So badan akan rasa panas2 sikit. Sesuai utk buang angin. Tapi saya control nak buang angin. Kesian nanti therapist bau yg kurang enak... Hihi




Lepas tu, mandi utk hilangkan scrub dibadan. Dan barulah detox massage bermula. Lama gak tu, 1 jam setengah saya tgk jam. Masa ni saya sgt2 relaxxxxsss. Dah tertido pun saya sekejap.. Hihi. Tapi saya ni jenis tak tahan sakit. Sakit sikit jer mesti cepat2 menjerit manja.. Hihi..

Btw ok lah spa kat sini. Therapist saya yg bernama summer tu pun ok dan sangat politely. Chinese org Perak. Fasih berbahasa melayu. Banyak perbendaharaan melayu yg dia tau. Walaupun saya cakap mandarin dgn dia, dia sendiri mengaku lebih selesa cakap BM sebab sekolah melayu dulu.

Dah siap2 semua. Bermulalah sesi kuatkan semangat dan mental. Haha... Yeyyy saya berjaya memboloskan diri dari sign up amik any package kat situ. Biasalag org spa ni. Sedaya upaya memujuk kita amik package tu ni. Last2 sekali dia suruh juga tinggal booking RM50 Dari RM2699 yang dipromote. Haha.. Berjaya!!!

Saya bagi alasan saya dah jadi member 2 tahun kat Spa Manja The Zone Hotel.. Hihu.. Bijakkan...

P/s: Sekali sekala manjakan diri seorang diri sangatlah terasa bagai puteri..:))

P/s: Terima kasih Johnson & Johnson atas tajaan ini..:))

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone
Post a Comment