Tuesday, December 11, 2012

Semakin besar semakin cilik || Kadang-kadang kita yang terkena batang hidung sendiri

Ya, semakin besar semaki cilik..
Semakin besar semakin petah bercakap..
Kadang2 siap boleh kenakan kita lagi tau...contohnya..


Uolss ingat lagi tak cerekarama lakonan Lisdawati yang mulutnya berulat tu..
Tajuk cerekarama: Hilangnya doa seorang ibu..
Masa tgk cerita tu, saya berpesan pada Aleesya & Ayyunie..jangan melawan cakap ibu ayah, jangan suka nak marah-marah ibu ayah datau orang lain..sekali tu time saya suruh Ayyunie mandi petang lepas balik tadika dia, saya marah-marah Ayyunie sebab bukan main liat lagi nak mandi...nak tahu apa jawapan Ayyunie???

"Ibu tak boleh marah-marah baby, nanti mulut ibu keluar ulat macam dalam TV"..

Oh anak, terus tak jadi marah...haha


Situasi ke 2 pula pabila kami semua tengah makan bersama di sebuah restoran. Sampai je makanan, saya terus makan tanpa baca doa makan..terus Aleesya tegur saya

"Eh ibu tak baca doa makan ke?? tak baik tau, tuhan marah"

Oppss saya sangat malu kat anak sendiri sebab itu yang saya ajar tapi kadang2 kita sendiri tak praktikkan depan anak-anak kita. Kita kalau boleh nak anak kita perfect serba serbi walhal contoh terbaik didepan matanya kadang2 alpa jua apa yang kita ajarkan tu...so sekarang setiap kali makan memang saya dah ada alarm yang akan remind saya dan suami baca doa makan...bukanlah selama ni tak baca bismillah, cuma lebih proper apabila kami sekeluarga tadah tangan sama2 baca sama-sama..


Situasi ni lagi best..
Masa saya tengah main game dalam Iphone, Aleesya tanya saya "menang tak ibu"??? Saya jawab sambil buat mimik muka sedih "tak menang lah"

Nak tahu apa jawapan Aleesya??

"Ibu bacalah bismillah sebelum main game, pastu ibu kena focus tau..tengok betul-betul game tu"

Wahhh...sangat terharu sebab itu yang saya ajar anak-anak saya tiap kali mereka nak buat sesuatu atau jawab exam. Tak sangka Aleesya boleh kenakan balik saya dengan ayat2 yang saya pernah ajar dia. Smart girl..



Dan kini anak-anak saya sekejap jer membesar didepan mata tanpa kita kira cepatnya masa berlalu pergi. Walaupun kadang2 ada juga cabaran dan dugaan dalam mendidik anak2 kita terutama time kita penat atau sangat tension, tapi cepat2 beristigfar supaya perkara yang lebih teruk tak berlaku. Tapi jujurnya kadang2 terlepas jua amarah tu. 

Semoga anak-anak saya membesar dengan sihat, berilmu, pandai membezakan antara yg baik dan buruk, menjadi solehah serta berjaya dunia akhirat. Semoga hubungan kasih sayang kami sekeluarga kekal till jannah...Amin ya rabbana al amin..


Lokasi: Jojo Rakit, Tanjung Buai
Tarikh: 8 Disember 2012
Masa: Sekitar 8:00 pagi hingga 9:00 pagi
Situasi: 2 anak dara cilik yang masih tak mandi pagi sedang melihat ayahnya memancing ikan.

p/s: Dugaan paling besar bagi saya adalah apabila meninggalkan anak2 jauh dari pandangan mata lebih dari 1 hari. Ya Allah, kau kuatkanlah semangat aku untuk mengatasi semuanya nanti..In sha Allah..



Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Post a Comment