Friday, December 21, 2012

Teaser || Gambar yang ditunggu-tunggu..:))

Wahhhh siap ada yang call saya pagi tadi nak tgk gambar..
Dah 2 hari pm, whatapps dan notifications kat fb bertalu2 masuk nak tgk gambar bertuah tu..
Alahai, bagi saya setiap gambar ada cerita dan keunikannya sendiri..
So, jangan berendah diri dengan gambar masing-masing okeyy..



Ni 1 daripada 3 gambar yang saya hantar..
2 gambarnya lagi adalah kesinambungan cerita gambar diatas..
Destinasi terakhir saya shoot gambar utk Johnson ni..
Sebelum tu, shoot kat sebuah hotel di KL...pastu sambung shoot kat Bukit Merah Laketown pulak..
Dan on the spot balik kelantan, tetiba jer datang idea nak shoot kat jeti ni..
Memang rezeki saya lah ni...Alhamdulillah..

Nanti kalau ada masa saya akan buat behind the scene semua tempat2 yang saya gigih shoot utk Johnson ni..
Itu pun kalau ada masa..
Alamak, ada masa ke?? Petang ni dah nak bertolak ke KL..
Esok both Damias nak pergi Genting Highlands dengan tok ma, tok ayah, papa saudara diaorg, sepupu2 diaorg...wahhh bestnya...Ibu ayah pula kena pergi seminar dari pagi sampai petang...mudah-mudahan both Damias happy disana nanti.

Ok lah, sambung buat bubur jagung utk diberikan kepada jiran2 harini..

p/s: Rezeki saya lagi, baru dapat call tadi...finally duit claim pengangkutan dan penginapan utk iklan Jacobs dari agensi akan dimasukkan harini...perghhh 6 bulan hokeyyy saya tunggu...akhirnya ia tiba tepat pada waktunya...alhamdulillah...




Nota Kaki: 
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Post a Comment