Sambungan dari cerita Day 1..
Lepas subuh, ayah damia sambung semula misi memancing ikan..
FRUST sebab malam tadi tidur jam 2 pagi, tapi hanya dapat ikan selar kecil sahaja.
Pagi ni alhamdulillah, rezeki dapat ikan duri pula..
Saiz medium..
Jujurnya saya tak pandai sangat nak siang ikan duri ni..
Atau pun lebih tepat takut terkena duri tu..
So konklusinya, ikan ni dicampak semula ke dalam air...huhu..
Dengan harapan dapatlah siakap atau kerapu kan..hihi
Sementara ayah damia memancing, saya sediakan sarapan pagi utk mereka..
Wahhh terasa breakfast atas cruise gitu tau..
Bertemankan cahaya matahari segar lagi...hihi..
Simple2 brekafast ja..
Sambil2 makan jemput sekali pasangan Singaporean tu breakfast sekali..
Abang Singaporean tu volunteer ambil gambar kami sekeluarga..
Ni jer lah satu2nya gambar lengkap cukup kami berempat...hihi
Kerapu yg ditunggu, Obor2 pula yang didapatnya..
Sabar jer lah...hhihi
Tapikan obor2 ni masa mula2 dapat kembang besar..
Lama2 mengecut giler2 weiii..
Lepas tu sekelilingnya penuh dengan air tau..
Disekitar rakit penginapan kami tu, banyak betul ikan2 kecil ni..
Masa ni both Damias khusyuk bagi ikan2 ni makan roti..
Masa tu lah sempat saya ambil gambar mereka seperti yang kat sini.
Kebetulan pagi tu ada sebuah kelaurga ni datang check in..
Pakcik tu dapat pula tapak sulaiman ni..
Masa dalam air bukan main liuk lentuk lagi..
Naik darat terus je kejong..
Siap kaki kecilnya merayap2 macam ulat..
Jakun kejap saya dan both Damias tgk..
Ikan peliharaan dalam sangkar..
Kang best kalau dapat pancing ikan ni..hihi
Lebih kurang jam 11 pagi, kami semua pun bersiap2 mandi dan mengemas barang utk balik..
Masa ni tetamu yang baru check in makin ramai..
Pekerja kat situ cakap weekends memang selalu penuh..
Oh ya sambil2 tu boleh juga berkaraoke kat luar tu..
Tu nampak tak bilik saya, Anggerik!!!
Tapi semua CD banyak lagu2 lama..
So ayah damia pilih lagu2 zaman membesar dia jer lah contohnya Ukays, Slam dan Kump. Umbrella..
Sebelum check out, sempat posing2 lagi...
Hihi..tq abang sinagporean yang susah2 jer ambil gambar kami ni..
Bergambar dengan ketenangan air disana..
Serasi bersama tak?? hihi
Bergambar kenangan di atas bot!!!
Bye bye Jojo Rakit!!!
Syukur kerana dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga disitu..
Walaupun hanya 2D1N, tapi kami rasa percutian ini sungguh bermakna dan menjimatkan..
Ya lah...dekat jer sebab masih dalam Johor kan..
Otw balik ke darat, ayah damia sempat rakam video pemandangan serta situasi kami di atas bot..
Kalau sempat saya transfer ke bentuk youtube...
Sampai jer darat, kami lunch bersama pasangan Singaporean tu bersama..lepas tu kami ke Desaru utk membeli buah-buahan..lepas tu kami ke Pasir Gudang pula utk menikmati ketam besar!!!
Next entry ok!!!
Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
3 comments:
seronoknya....
beshnya cuti2 gini sbb sgt unik :)
note : i like ur disclaimer..
pening tak ayu chalet atas rakit ni?heheh soklan ntah apa2
Post a Comment