Wednesday, December 12, 2012

Minum petang dan beli durian moden di Arked Meranti UTM

Tempat jatuh memang tak kenang, tapi tempat belajar dan jatuh cinta pandang pertama wajib dikenang!!! Hihi
Kadang2 bila dah sampai satu tahap tak tahu nak makan kat mana, UTM lah destinasi pilihan. Kenapa??? Sebab banyak betul pilihan lauk pauknya.. Kalau kebetulan pula saya memang ada kelas mengajar kat UTM haritu, sesi membungkus lauk adalah sesi wajib ya!!! Hihi




Semalam dlm jam 5 petang tak tahu nak minum petang kat mana. Kebetulan pula masa tu hujan lebat, so otw dari Tampoi terus ke UTM utk minum petang.




Biasalah dah nama pun UTM wajib penuh dgn students dan sesekali adalah juga staff UTM.




Set beef burger. RM4.00




Roti John. RM 2.50




Keropok, pisang goreng dan jemput2 pun ada..




Mula2 sampai arked lagi dah bau durian. Rupa2nya ada makcik cafe ni jual durianlah.. Sebiji RM5.00.. Haishh durian kampung pulak tu.




Tak tahan godaan punya pasal, belilah jugak 4 biji. Tapi ayah damia dah cakap, kalau nak beli durian tu kopek masuk isi dalam tuppeware. Nanti kereta bau durian pulak..




Jeng jeng, 4 biji durian dapat 4 tuppeware. Means 1 biji = 1 tuppeware. Banyak juga isinya walaupun halus2. Yang penting durian kampung lemak lemak manis gitu!!!




Dah selamat makan 3 tuppeware. Haha memang pulun habis makan semalam. Tinggal 1 tuppeware lagi nak buat serawa durian makan ngan pulut kalau rajin nak buat.. Hihi
P/s: Ada juga beberapa foreigner timur tengah yang beli durian kat situ. Tapi mAsing2 beli sebiji je. Tak macam kami sampai 4 biji.
P/s: Sesiapa ada nostalgia di UTM??
- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Post a Comment