Thursday, December 20, 2012

Menang 20K || Nak pengsan rasanya..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Syukur Syukur Syukur
Allah maha pemurah Allah maha pemurah Allah maha pemurah

Aturan Allah kepada kita sangat indah kan..
Setiap aturannya membawa seribu makna dan penuh dengan hikmah..
Alhamdulillah, semalam lepas kerja jam 5 petang, masa saya dalam kereta bersama husband otw nak makan durian kat Mutiara Rini, tetiba saya dapat call dari 03-XXXXXXX. Tak sempat angkat, so saya call balik no tu. Org yang angkat call saya tu cakap tak tahu sapa yang call saya. Lepas tu ada lagi missed call pulak dari no yang sama tapi no  digit terakhir lain. Saya call back semula, sekali PIC tu cakap dia dari agensi mewakili Johnson & Johnson ucapkan tahniah kepada saya sebab menang GRAND PRIZE!!!!

Wahhhhh nak pengsaaaannnn saya dengar. Terharu pun ada, sebak pun ada, excited pun ada. Jujurnya saya memang mengharapkan kejayaan besar dalam contest ni. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya dan suami. Mungkin sebab ada cerita disebalik gambar kemenangan bernilai 20K ini, maka saya rasa kemenangan saya kalini sangat berbaloi. Tq Allah.


Ni lah peraduan yang saya mengharapkan kemenangan besar itu. Saya rasa ramai juga rakan2 blogger dan kenalan di FB join contest ni. Tapi tak apa, harini rezeki saya, esok lusa mungkin rezeki kalian semua. 

Contest ni berakhir pada 30 November. So agak cepat jugak lah keputusan pemenang dihubungi. Tahniah Johnson & Johnson atas keprihatinan dan kepantasan anda. Harapnya hadiah juga pantas dan tangkas juga ya. Hihi. Btw saya dah tahu range masa bila hadiah saya akan dapat..:))

  • Hadiah Utama:
    • wang tunai RM20,000
    • Bekalan barangan Johnson's sepanjang tahun
    • Mewakili Johnson's sebagai "Keluarga Idaman 100% Johnson & Johnson"
  • Hadiah Pertama:
    • Wang tunai RM10,000
    • Barangan Johnson's bernilai RM1,000
  • Hadiah Kedua:
    • Wang tunai RM5,000
    • Barangan Johnson's bernilai RM500
  • Hadiah Saguhati x 50:
    • Wang tunai RM300
    • Barangan Johnson's bernilai RM200


Andai kata ada antara pemenang2 contest ni baca blog saya, saya ucapkan tahniah jua utk anda ya!!!


Bukti kemenangan saya!!!

p/s: Ada bahagian dalam duit tu utk mereka2 yang terlibat masa on the spot amik gambar tu.Ingat tak yang masa saya pergi bercuti ke Bukit Merah Laketown resort bulan 10 aritu, lepas tu terus on the spot balik kelantan. Masa kat kelantan tu lah saya snap2 gambar2 kemenangan walhal balik 1 hari setengah je. Masa tu saya pinjam baju mak mertua saya, ayah damia pinjam baju ayahnya, both Damias pinjam baju sepupunya, pastu siap pinjam anak saudara lagi. Adik ipar yang tolong snap gambar siap masuk dalam muara sungai lagi tau. Dah lah kat situ katanya ada buaya...haishhh, memang dah niat, kalau menang memang nak bagi bahagian mereka2 ni semua...alhamdulillah...

p/s: Rezeki sebelum saya FLY ke sana.. aminn aminn...

p/s: Sure ramai nak tgk gambar kemenangan yang bernilai 20K tu kan, insyallah nanti saya share ya...jangan maraaaaaa

Nota Kaki:

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Post a Comment