Friday, December 28, 2012

Casting!!!

Finally, saya baru ternampak gambar2 both Damias masa pergi casting di Hotel Grand Paragon pada 15 Disember 2012. Rupa2nya pihak agensi dah upload gambar2 talents pada 16hb aritu lagi. Cam mana pula saya boleh tak perasan. Hihi.

Ok sebelum tu jom kita review gambar2 casting mereka.


Agak lama jugalah menunggu kat lobby tu bersama talents yang lain.
Slot saya tempah pada jam 12 tengahari. Sudahnya sampai ke jam 2 lebih baru start casting utk giliran both Damias. Pihak Agensi pun ada minta maaf sebab start lewat sesi bergambar tu. Saya saja pilih seawal mungkin sebab takut Ayyunie meragam. Biasalah dia tengahari nak tidur, nak minum susu..

Gambar kat atas tu baru lepas baik badmood tu tau..Macam2 gaya si ayah memujuk supaya Ayyunie tu tak badmood. Badmood sebab tunggu lama sangat. Tu ok lah sikit. Walaupun ada senyum, tapi nampak sangat senyuman tak ikhlasnya. Huhu..


Ni pula gambar Aleesya. Aleesya tak lah badmood..Tapi asyik tanya "ibu, bila kakak nak jadi model ni??"
Model kat situ maksudnya bergambar. 
Tapi kan serious lah, photographer tak berapa mesra dengan budak2 kecik ni. Aleesya nampak sangat kejong masa casting tu. Last2 saya geram sangat sebab photographer just snap2 je, saya pula yang bagi arahan suruh buat gaya tu, gaya ni. Nasib baik lah last2 tu Aleesya dah ok sikit. Saya sebenarnya lebih selesa Aleesya mengayakan sendiri pose-posenya sebab nampak lebih natural dan alive.

Ni nak citer sikit, btw ni memang last last last minute punya planning. Btw 15hb tu saya sepatutnya ke KL sebab family in law datang. Tup Tup tukar datang last week. Lepas tu kebetulan pula ayah damia tag saya kat FB tak nak try ke bawa both Damias gi casting?? Saya pula serba salah nak bawa ke tak sebab minggu tu saya sangat2 sibuk. Dengan buat injection lah, dengan ambil gambar visa lah, dengan ambil gambar passport lah, dengan renew passport lah, dengan hari-hari pergi agensi travel lah...pendek kata minggu tu saya agak kelam kelibut sikit. Tapi memang dah ditakdirkan rezeki both Damias gi casting juga walaupun bayarannya memang last2 minute saya buat. Saya bank in kan duit kat agensi otw balik dari renew passport kat somewhere. Sepatutnya tarikh tutup bank in jam 4 petang, tapi saya bank in 6 petang. Nasib baik diterima lagi..:))

Oh ya kalau ada yang nak tahu, bayaran utk casting Aleesya saya bayar RM 120 sebab bayar sebelum pergi casting. Ayyunie pula saya bayar RM150 sebab kiranya bayar walk in. Memang saya tak bank in awal2 duit utk bayaran Ayyunie sebab takut dia tidur ke, meragam ke kan.. So total bayaran casting haritu RM270. 

Ok lah jom tengok gambar2 pada hari kejadian..


Saya sampai Hotel Grand Paragon jam 12 tengahari, masa tu saya tgk ramai pula yang pakai tudung FAREEDA masuk dalam hotel ni. Laaaaa, baru saya teringat haritu ada Hi-tea peminat Fareeda disitu. Hahahaha...kebetulan kan. Dan yang bestnya sekali tu, mentang-mentanglah saya duduk kat lobby tu, sorang masuk tanya saya "kat mana ya tempat Fareeda tu??"...lepas tu masuk sorang lagi tanya "eh, kenapa tak naik lagi??", pastu ada sekumpulan peminat fareeda pula tegur saya, "tunggu kawan ke??"..hahaha lucu betullah...tak pasal2 saya dah macam kaunter receiptionist Fareeda kat lobby tu...last2 saya duduk tempat ke dalam sikit, barulah lega. Dalam jam 1:40pm tu, tetiba saya nampak duta Fareeda, Mawar dan model Fareeda, Suhaili naik lift. Hihi


Sementara tunggu giliran casting, posing2 dulu kat lobby. Menarik betul santa claus yang boleh keluar lagu dan goyang2 badannya.



Ayyunie ni tak ada kerja. Tak boleh duduk diam, ada aja yang difikir untuk diushanya..:)
Engineer lah katakan..:))


Enterframe kejap...:))


Dalam jam 2 lebih, naik ke tingkat 25 utk casting. Oh ya lupa pulak, sebelum tu adalah isi borang2 terlebih dahulu. 

Ayyunie masa ni mood dah ok...tu yang senyum jer walaupun saya tahu senyuman tak ikhlas sangat...hihi
Tapi boleh tak ayah damia cakap cam ni..
"Gambar yang kita snap lagi cantik"...muahahaha..
Habis tu nak buat cam mana kan...hihi
Jom layan gambar2 yang saya snap pulak...
Sambil2 tu nak beli kebaya, blouse atau jubah dress pun boleh...hihi
Lagi comeyy kan gambar yang saya snap...setuju????




Ok lah, sekian sudah cerita casting both Damias.
Terima kasih ALLAH atas kurniaan rezekiMU terhadap keluargaku.
Sesungguhnya kuasaMU tiada hadnya..
Aminnn..

NOTA KAKI:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

9 comments:

Wan Amira said...

setuju gambar u ambik lagi cantik and nampak anak2 u lagi natural.. :)

Tercipta Untukku dan Untukmu said...

pernah gak try nasib kat DZMS ni masa tu kat KL je bayar 30 kalau z silap lama dah masa kyra umur 3thn rasanya ..xde rezeki oeg nk panggil jadi model ekkekke

Jasfyra said...

ank sulung saya pun ada register dengan DZMS..setuju part photographer xmesra alam tu.hehehe..masa tu saya byr rm30 untuk register

yela,awak snap lg cantik dri org tu.hehe

Unknown said...

@wan amira...hihi tq..sepatutnya gambar kanak2 kena bagi nampak natural, tak payah disuruh2..

@adlin...erkkk kenapa bayar RM30 je?? kenapa saya bayar mahal sangat??? huhu..insyallah tak der rezeki sekarang, akan datang adalah tu rezeki tak sangka2..

@jasfyra....wahhh kenapa semua bayar RM30 ja??? huhu...kan..sepatutnya kena mesra alam ngan kanak2 ni..:))

Chekgu Azrine said...

Ank2 awak chomel2..tu yg sapa ambk pun lawa je..hikk..

Mama Zharfan said...

aleesya sgt talented...one day i believe she will become a professional model :)

Gieyana said...

tul lah ayu..nmpak sedikit kaku n myb photog tue bknnyer kids photog..tht why x mesra ngan anak2uols..

Gambar yg uols amik lebih cantik n natural...:-)b

TechKini.com said...

eceh.. comelnya. fotogenik :D

Tech Kini

Mama Damia said...

eja penah pegi rm30 je time tu..serius photographer tu tk mesra alam..n kt page dia tu ramai sgt yg casting..smpi asben ckp ntah ade yg pggl ke tk.tkt nk duit je.