Monday, December 17, 2012

Jom makan Kambing di Korea!!!

Selalunya saya ni susah juga nak masuk tekak makanan korea atau jepun contohnya macam sushi tu... Entahlah mungkin tekak melayu asli yang nak makan makanan kampung jer, tapi saya tak makan pula ikan air tawar macan ikan keli, haruan atau belut tu..

Sabtu lepas saya berkesempatan makan di Seoul Garden. Tempat famous dengan steambot dan grill. Memang saya pun dah biasa dengar org kata kalau nak puas hati makan steambot pergilah Seoul Garden. Ternyata ramalanku benar belaka.




Harga utk weekends RM29.99 dewasa dan kanak-kanak RM13.40. Ayyunie free!!!





Lebih selamat makan disini. Sebab tak guna gas. Dia guna elektrik. Dan yg best ada aircond dan baju tak bau asap sebab ventilation yg bagus.




Kuah saya pilih tom yam.. Actually ada lagi kuah2 lain.




Suka betul both Damias dapat masak2 kat sini. Cuti dapur rumah ibu haritu.. Hihi





Aleesya pun excited juga nak main masak2.




Ayyunie makan dessert ABC. Aleesya pula pulun makan ice cream.




Ya Allah ikhlas saya cakap ni. Saya ni bukan pengemar kambing. Dan saya dah pernah serik makn kambing yang berbau hamiss terutama yg masak gulai2 tu. Sekali masa kat sini saya tersalah ambil lamb dengan beef.. Punyalah banyak saya makan lamb tu, sekali ayah dami cakap "eh tu kambing lah".. Hah?? Apasal tak bau hamis pun?? Dah lah sedap gilerrrr... Terus saya pergi tambah lagi ambil lamb tu.. Haha.. Terbaikkk lah kambingnya!!! Sama terbaik dengan kambing golek yg saya buat masa majlis kenduri kesyukuran saya haritu..





Ni kambing golek terbaikk masa kenduri saya aritu.. Haishh tetiba rasa nak buat kenduri lagi...





Total nikmat rezeki yang masuk dalam perut kami RM95.05.. Alhamdulillah.. Syukur atas rezeki yg boleh dikongsi bersama keluarga terchenta!!!

P/s: Uolss pernah makan kat Seoul Garden??

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone
Post a Comment