Tuesday, December 18, 2012

Siapa dia Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhariy???

Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa?! BERNAS!!
BERNAS milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi o! Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli dari Aliran Ihsas Resources, milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Minum kopi mesti campur gula! Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR, MSM milik felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar; MSR milik siapa?
--> Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan! Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? IPP!
IPP terbesar di Malaysia iaitu Malakoff, milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Sekarang tak nak makan nasi, pergi Pizza Hut je la... naik motor! Motor Kriss, keluaran MODENAS! Modenas milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Tak nak naik motor, naik kereta! Kereta apa? Proton! Proton milik DRB HICOM! DRB HICOM milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Tak nak beli Proton la.. Beli Honda saja... Honda Malaysia milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat!
Bank Muamalat milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Kereta kena ada insurans coverage! Insurance beli dari siapa? Uni Asia Insurance!
Uni Asia milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM!
Puspakom milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Ok la tak nak naik kereta! Naik keretapi lagi senang! Landasan keretapi siapa buat?! MMC!
MMC milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary! Sekarang, dia pun nak ambil alih KTMB!!

Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la... nak pergi Johor!
Senai Airport milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la... Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas! Tanjung Pelepas Port milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!

Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port!
Johor Port milik siapa? MMC! MMC milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!!

Ok la... orang KL, naik MRT sahaja la... (apabila siap)
Projek MRT, siapa kontraktor terbesar?! MMC! MMC milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary!!

Macam ni la... tak nak keluar rumah langsung! Duduk rumah, hantar surat sahaja! Apabila nak hantar surat, kena lekat setem! Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan dan POS Malaysia milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhariy !!


Wow woww wowww....salute pada Tan Sri...Semoga semangat keusahawanan yang ada pada diri Tan Sri tersemat jua pada semangat usahawan melayu kita. Yang paling penting janganlah kita "bertelur sebiji riuh sekampung", tetapi amalkan "padi makin berisi makin menunduk"..Insyallah peringatan buat saya dan suami jua.




p/s: Selain daripada Tan Sri idola saya, idola saya dalam bidang business adalah Dato' Azlina dan Dato' Stapa!!! Pasangan suami isteri yang berjaya mengembangkan syarikat dengan produk-produk sendiri. Semoga para usahawan semua dilimpahi idea dan rezeki yang berkat daripadaNYA..aminnn


Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: