Wednesday, January 30, 2013

Honeymoon & Babymoon di Tanjung Sutera Resort

Cuti Maulidur Rasul pada 24hb Jan yang lepas, saya dan keluarga sempat bercuti ke Tanjung Sutera Resort. Ni memang perancangan awal nak bawa anak-anak bercuti disini sebab kalau boleh seminggu sebelum saya berlepas menunaikan umrah, saya dan suami betul2 nak habiskan masa yang berharga dengan anak-anak supaya mereka akan sentiasa ingat pada kami walaupun berjauhan dari mata.

Hurmmm, ramai pula yang bertanya kepada saya dimanakah tempat yang cantik ini ya. Ada yang meneka2 di Terengganu kerana nama "Sutera" tu, ada yang meneka2 di pulau kerana suasana yang amat tenang dan saya sendiri menganggap yang percutian disini umpama bercuti di Bali..:))
Sebab tu lah masa saya otw ke sini saya buat entry "Bali aku datang"...hihi

Btw saya tahu tempat ni masa saya tgh survey tempat2 nak bercuti kat Johor via Google... sekali ntah macam mana pula tetiba saya nampak dalam google image swimming pool yang sangat cantik dan atas bukit..terus saya klik link tu dan terjumpalah website Tanjung Sutera Resort ni...begitulah ceritanya bagaimana saya boleh bercuti ke tempat yang tak ramai orang tahu ni...

Tanjung Sutera Resort ni terletak di Sedili Besar. Kalau Sedili Kecil saya dah biasa pergi dan stay resort kat situ..Tapi Sedili Besar ni last sekali saya pergi masa tahun 2004 kot sebelum kahwin ngan ayah damia. Pergi sana ngan kawan-kawan semata2 nak memancing. Dan kini tak sangka dah maju dah Sedili Besar ni. Dulu2 sebelum jambatan siap, kami pergi naik bot tau!!! Ni dah ada jambatan senang ler nak ke sini.

Sehari sebelum saya pergi, saya call Resort...bizi jer linenya... So saya call owner dia terus.. wahhh baik sungguh layanannya dalam telefon. Masa tu owner resort bagitau yang semua bilik PENUH sebab ada team building dari sekolah Singapore seramai 420 orang. Yang tinggal hanyalah bilik atas pond sahaja. Bilik hillview pun dah ada org duduk. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, saya terus ON bilik atas pond tu...sebab target saya memang nak bilik tu atau bilik Hillview...oh ya Harga bilik semata2 tak ada breakfast bagai atau macam hotel lain adalah RM200...ok lah utk bawa anak2 bersantai kan...:))

Ok, check it out the photos!!!!


Swimming pool ni best betullll..
Sebab betul2 atas bukit..
Bawah tu pantai..
Betul2 depan receiptionist counter..
Teruja memula tgk swimming pool ni..


Yang paling teruja tgk biliknya...
Taraaaaa...
Memang suasana honeymoon lah senang cakap..
Bilik unik diperbuat dari mengkuang..
Pastu katil pula diperbuat dari buluh..
Siap ada kelambu youuu..
Bak kata ayah damia..
Macam suasana malam pertama kat kampung2...muahahaha..
Kata honeymoon kan..:)))


Toilet pun macam kampung-kampung..
Simple tapi cukuplah semua..


Wahhhh dah macam dalam filem ombak rindu rasanya suasana dalam bilik ni..
Sekeliling bilik penuh tingkap kaca..
No worries, org luar takkan nampak kita sebab cermin tinted..
Tapi malam2 hati2...hihi


Kami sampai dalam jam 2 petang..
So bunga teratai semua malu2 nak mengembang...
Best2 sebab dari dalam bilik boleh nampak suasana tasik..


Serius sangat best..chalet ni atas tasik jadi kadang2 boleh nampak gak burung2 terbang menangkap ikan2 kecil dalam tasik ni..


Pastu kami makan tengahari sementara si ayah memancing kat Gazebo sebelah chalet kami..
Waaa...kalau nak tahu kebetulan memang tak ada org lain yang bercuti kat situ..
Hanya kami dan pelajar2 yang datang team building sahaja..
Tapi diaorg punya aktiviti dan khemah kat depan..
Langsung tak datang belakang ni..
So, resort ni dah macam kami yang punya...hihi


Parking kereta pun depan bilik..
So sangat senanglah nak ambil apa2..


Unik kan chaletnya..
Dibuat dari batu bata tanpa finishing..tapi yang tu toilet..
Bumbung pula dibuat dari tikar mengkuang..


Dinding2 lain semua dibuat dari tikar mengkuang..


Ada chalet-chalet2 lain juga kat depan chalet yang kami duduk tu..


Lepas asar kami keluar kejap ke jeti cari minum petang..
Wahhh ramai betul yang jual kepok lekor dan pisang goreng..
Kami beli sedikit utk buat bekalan minum petang..
Lepas tu terus ke pool ni utk bermain air..


Suasana depan bilik chalet saya lagi..


Memanng puas lah kami anak-beranak main air..
Sebab tak ada org lain kat chalet tu..
Students2 tu semua sibuk ikuti program diaorg..
So memang abaikan..
Ini swimming pool aku yg punya...muahahahah


Pemandangan dari atas kat swimming pool tu..
Tu ada hillview punya chalet..


Zoom in hillview punya chalet..


Tapi hati2 tau main pool kat sini..
Sebab kedalamannya bermula 3ft..
So Aleesya berdiri ngam2 sampai lehernya..
Ayyunie kena jinjing sikit baru tak kena hidungnya..
Paling dalam 7ft..
Huhuhu...hampir2 lemas saya dibuatnya..
Betulll!!! tak tipu...saya senagaja cari nahas main kat situ..
Lepas tu tetiba saya asyik dok tenggelam..
Baru tahu rupa2nya kaki saya tak sampai nak jejak lantai pool tu..
Nasib baik ayah damia perasan yang saya terkapai2 kat situ..


Ada gazebo tinggi yang boleh kita tgk suasana sekeliling kat situ..


Zoom dari atas gazebo tu..


Zoom bilik saya dari atas gazebo yg tinggi tu..
Nampak tak yg saya buat anak panah tu?? Tu lah chalet saya..


Selftimer amik gambar ni..
Ayah damia setting siap2 smart camera tu 10 saat, pastu cepat2 terjun ke dalam pool..
Hahaha...dapatlah kenangan dalam pool seisi keluarga....:))


Ni zoom 18x dari smart camera saya..
Dari angle yang sama atas gazebo yang gambar tunjuk anak panah tu..
Wahhh, berbaloi2 beli smart camera..
Dapat zoom in gambar jauh2..


Opsss nak tunjuk kasut baru...:))


Malamnya lepas isyak, temankan ayah damia pergi memancing kat jeti Sedili Besar..
Adalah beberapa org pakcik memancing juga..


Tak lama pun kat sini..dalam sejam setengah jer..
Dapatlah ikan gelama seekor...hihi..
Pastu saya pula dapat MULONG...
Huaaa, menjerit2 saya lepaskan kail kat situ juga..
Sebab MULONG tu macam ular, tapi belitnya ligat betul..
Last2 MULONG tu terlepas sendiri..


Ni keesokkan paginya...
Hohohoho...sejuk bangat weiii..
Aleesya yang tidur sorang2 pun bangun berjalan datang menyelit tidur kat katil ibu dan ayah..
Mana tak sejuk??? Suasana kampung...pastu dinding mengkuang...angin sepoi2 senang jer masuk dalam bilik..Ayyunie memang biasa tidur tak berselimut walaupun dalam air-cond..


Bunga teratai kembang segar di waktu pagi..


Pagi2 ayah damia keluar cari sarapan kat jeti..
Majotiri org kelantan yang jual makanan..
Makanan pun makanan kelantan macam nasi kerabu, nasi dagang, nasi minyak dan lain2..
Tu Ayyunie baru lepas mandi makan nasi dagang sambil layan DVD..
DVD Player tu baru beli hari yg sama ngan saya beli smart camera..
Nak layan Ipad coverage internet slow sangat..
Lagipun saya beli DVD tu hadiah utk Aleesya..


Sebelum balik singgah amik2 gambar dan posing2 dulu..
Tu ramai pula group students yang ambil gambar kat port ni..
So, saya cancel amik gambar kat sini..


Ambil gambar kat port lain..
Bolehlah buat kenangan kan..:))


Guna apps dalam smart camera..
Masa ni singgah kedai car wash basuh kereta..
Sambil2 tu minum kat kedai kopi bersebelahan..


Me and myself..
Guna apps dalam smart camera juga...
Berbaloi2 beli smart camera sebab kecil, ringan dan senang upload via FB..
Kalau senang upload direct terus ke blog pun lagi saya suka...hihi

Ok, sampai disini sahaja kisah percutian saya dan keluarga ke Tanjung Sutera Resort..
Alhamdulillah, Syukur dengan nikmat ALLAH bagi kesihatan serta rezeki utk bersama2 keluarga saya disini.
Ada masa dan rezeki, kami datang lagi...:))

p/s: Terima kasih sudi baca kisah percutian saya yang panjang lebar ni...kalau tak, basilah gambar2 dalam draft tu..ok nak hantar both Damias pergi school dulu...pastu nak ke hulu hilir lagi...




NOTA KAKI:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

13 comments:

Anonymous said...

serius cantik tempat ni

mummy_ayu said...

wah..bestnya gie holiday..tempat pun cantiks.mesti seronok both Damia.

nad said...

Seronoknye kak..!!
Hepi tgk akak 1 famili =)

Mama Zharfan said...

siyes sgt besh and pics semua cantik esp teratai and kasut baru hehehe

ibuhebat said...

BABYMOON?? Dah ada 'isi' ke? :)

Atie said...

Cantiknya tempat ni, paling best chalet dia:)

e!ya said...

Cantekk..seronok jer tgkk

Ayu Zarina said...

NANA, boleh lah dikategori cantik walaupun agak pedalaman nak sampai sini..

MUMMY AYU, nama pun holiday..sure anak2 ngan ibu ayah pun seronok..:))

Ayu Zarina said...

NAD, tq nad...hopefully kita semua mempunyai keluarga yang happy..

MAMA ZHARFAN, hihi..snap ngan smart camera jer ni...cuma ada 4 keping snap guna DSLR...memang kasut tu cunnn dan sangattttttttttt ringan...:))

Ayu Zarina said...

IBUHEBAT, hihi...belum ada isi lagi...baby sebesar moon tu ada...aka ayyunie..:))

ATIE, kan..chaletnya serius best..tapi kena kuatkan semangat sebab sunyi ke belakang chalet ni...yang depan2 ok tapi bilik biasa..

Ayu Zarina said...

ELYA, tq dear...:))

Unknown said...

cantik sgt tmpt ni k.ayu..terujanya rsa mcm nk pegi jgk..serius cntik sgt pemandangan pool tu dh blh nmpk laut..btmbh2 sejuk lah kn..untung ada tmpt cntik n klasik mcm bali gini kt area sna..

Chekgu Azrine said...

serius sgt cntik tmptnya ..tingin nk gi..hehe