Monday, January 14, 2013

Resepi Peria Goreng Udang

Hujung minggu kalau tak kemana-mana, pasti ceruk dapur yang menjadi tempat pilihan untuk memantapkan lagi skills masak-masak.
Ok lah, tengahari semalam saya sempat menyediakan Asam Pedas Kepala Ikan Merah dan Peria Goreng Udang untuk santapan.

Peria??? Ya tak ramai yang suka makan peria sebab pahitkan. Tapi saya suka jer pahit2 manis gitu. Kat rumah saya seorang jer pun makan peria, yang lain2 cuma ambil udang dalam masakan peria tu je. Hihi


Tips saya untuk mengurangkan kepahitan peria tu adalah dengan merendamkan peria yang telah dipotong dalam air garam seketika. Insyallah, tak pahit sangat pun.

Jom tengok resepinya.

Bahan ditumbuk:
bawang putih
bawang merah
cili padi
kunyit hidup

Bahan-bahan lain:
Udang beberapa ekor
Peria setengah batang
telur 1 biji (dibasuh ya)
bawang besar (dihiris)
sos tiram 1 sudu

Cara-caranya:
Mula-mula tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga garing. Masukkan udang dan sos tiram, pabila separuh masak, pecahkan telur dan baru masukkan peria yang telah direndam air garam tadi. Akhir sekali masukkan garam dan perasa makanan. Siap dihidang bersama nasi wangi panas-panas...:))



Yummy!!!!
Best2 saya sorang jer makan peria tu, udang tu kenalah bahagikan utk anak2 dan suami..hihi
Selamat mencuba!!!



Nota kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Post a Comment