Tuesday, January 29, 2013

Member lama request makan ikan siakap

Phewww, penat....
Baru balik dari ambil salinan passport. Pastu gi Services Centre U Mobile nun jauh disana utk roaming no phone. Pastu gi tempah catering utk solat hajat pula. Pastu gi ambil gambar pula. Pastu gi hantar adik2 ipar nak tgk wayang pulak. Dan pastu tup tap tup tap...baru masuk office ni...

Ok lah back to topic...kebetulan satu member lama zaman sekolah menengah nak datang rumah nak borong produk Johnsons..Dah 5 tahun dia duduk kat JB ni...tapi setiap kali dia nak datang rumah atau nak jumpa mana2, ada jer kesulitan nak berjumpa. 

Kalau nak kirakan, ahad lepas kul 2 ada kursus Umrah...tapi sebab asyik delay2 jer nak jumpa, so suruh jer lah dia datang makan tengahari kat rumah cuma awal sikit dalam kul 11 gitu. Sekali kul 12 tengahari jugak sampainya member ni..

Yang tak tahan tu siap request makan siakap stim lagi...haha..sabar je lah mung che brahim weiii...ok lah ok lah...since dah lama giler tak jumpa member lama ni, gigihkan diri gi pasar mini naik motor ngan ayah damia kat depan perumahan tu. Kebetulan adik2 ipar pun baru sampai pagi tu. Eh sejak bila saya ada moto?? Moto tu baru ambil sabtu malam lepas. Ayah damia sewa ngan kawan dia sepanjang kami gi Umrah nanti sebab senang Ayah mertua nak gi surau kat depan tu dan gi beli barang2 runcit. Tak pun adik2 ipar leh bawa both Damias ronda2 kat taman petang2 kan...



Ikan siakap yang dah siap siang dan belah belakang..
Balik rumah just cuci jer bersih2..


Lepas lumur tepung, garam dan kunyit..
Apa lagi rendam ah dalam kuali kan...


Menu hari tu, sup ayam, siakap 3 rasa dan udang goreng bersama sayur..
Simple jer sebab lepas Zohor nak gi kursus lagi..
Kesian member lama saya ni..
Duduk kat JB ni sorang2 sebab isterinya sambung belajar kat Kelantan.
Anak2 pun sama tinggal ngan atuk nenek kat Kelantan..
Nasib PJJ kan..
Tak pe che brahim weeeiii...ada hikmah semua tu berlaku...
Tq for coming ngan borong produk Johnsons tu deh!!!

p/s: Last sekali kami jumpa masa saya kahwin tahun 2004. Masa tu tak ramai lagi member2 sekolah saya yang berkahwin. So best2 masa tu gather ramai2 kat perkahwinan saya..
Post a Comment