Tuesday, January 1, 2013

Shopping sambil join contest dan dapat voucher free lagi!!!

Last weekends for year 2012, kami ambil kesempatan shopping barang keperluan sekolah anak-anak.




Kami pilih shopping di Parkson sebab voucher parkson masih berbaki RM300. Kononnya nak sambung shopping di Giant pula. Tapi mana cukup masa. Kat Parkson pun amik masa 5 jam.




Banyak yang kami shopping adalah keperluan anak2. See, 3 plastic bag yg besar dan 2 beg kertas eksklusif Parkson. Yang berbelanja RM200 ke atas baru boleh dapat bag kertas hijau tu.




Dah siap shopping barang anak2, giliran ayah damia pula shopping baju kerjanya. Kalini ibu belanja..:))..Pilihan kameja dan slack Alain Delon menjadi pilihan ayah damia. Wah wah.. Pandai ya ayah damia pilih, dah lepas diskaun pun harga boleh tahan. Tak pe, dapat pahala apa belanja suami kan. Harini ayah damia dah rasmi baju dan slack gi office..:))




Saya dapat info yg kat parkson ada contest. Tanya sales person tak tahu. Tanya kaunter tingkat 4 yg bahagian kanak2 pun tak tahu. Sekali masa kat kaunter bahagian lelaki tingkat 2 barulah saya jumpa borangnya. RM80 utk 1 borang. So haritu saya dapat 6 borang. Borang ni tunjuk resit kat kaunter baru dapat. Ya Allah Ya Tuhanku, izinkanlah aku memenangi hadiah yang terkandung dalam borang tu. Terima kasih Ya Allah.




Lepas tu setiap pembelian RM150, akan dapat RM10 voucher. So haritu saya dapat 3 keping voucher RM10. Dah selamat guna haritu juga.




Kami sampai rumah malam sebab pergi gunting rambut dulu dan pergi makan. Dengan saya sekali gunting rambut..:))
Wahhh bukan main teruja ya Aleesya dapat shopping sakan barang2 dia.




Happynya lah dia dapat shopping barang2 yg dia nak. Tgklah tu muka ceria Aleesya..




Ni antara barangan yg Aleesya shopping. Kasut sekolah masih kembar, tapi beg sekolah berjaya pujuk Ayyunie tak kembar.. Bukan main lagi Aleesya ya, first time beli bag mahal sampai RM70++..Beg Ayyunie RM30 je. Selama ni beli yg bawah RM30 sebab confirm nanti bertukar2 jer bag tiap2 bulan. Ni Aleesya dah janji takkan tukar sampai next year.. Hihi
P/s: Apa2 pun budak zaman sekarang dah pandai demand dan memilih nak shopping barang apa. Ibu borek anak rintik, boleh???
- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Post a Comment