Wednesday, January 16, 2013

Panggilan terkejut hot & spicy

Owhh memang sangat2 terkejut!!!
Tetiba jer kat handphone keluar nama call "Tadika Indah Ria"..
Memang dah agak ni mesti salah sorang both Damias ada apa2 kat tadika sebab saya memang jarang sangat dapat call dari Tadika mereka...
Sekali teacher bagitau Aleesya Demam, muntah habis kena baju2 dan kasut stokin..
Dengan sepantas kilat bertukar jadi Supermakkk terbang amik Aleesya kat tadika dengan ayahnya..
Nasib baik masa tu ibu ada tgh meeting ngan ayah kat office.


Ni lah rupa Aleesya masa mula2 masuk kete..
Bayangkan memula nampak ibu kat pagar sekolah dah start menangis..
Haishhh, kesian betul anak ibu ni...
Tak bermaya..
Btw tengahari semalam dan malam tadi memang dia tak makan apa pun..
Pagi tadi pun breakfast kat kedai roti telur jer....
Agaknya masuk anginlah perut tu..


Dah bawa gi klinik..
Klinik ni kepunyaan parent one of my chinese student.
Ayahnya Doktor kat sini, ibunya akauntan kotkat sini jugak..


Ni ler hasil ubat2 Aleesya..
Doktor Check Aleesya suhu normal tak demam..
So doktor syak mungkin Aleesya masuk angin..
Tu ada ubat masuk angin, ubat tahan muntah dan ubat bakteria..



Tanya budak demam nak makan apa??
Jawapannya KFC..
Hurmm...budak zaman sekarang request yang fast food ajer..
Tahulah tu kot kalau request ibunya makan bubur homemade, pagi esok lah jawabnya buat..
Ater ibunya pun balik rumah kul 11 malam kan...hihi

p/s: Serius  saya sangat sibuk minggu ni  berurusan dengan JAKIM, MISTI, Printing designer dan lain-lain. 

p/s: Best juga buat entry guna Blogger kat Iphone ni kan, gambar besar2...kalau blogpress gambar kecik2 jer..ada hikmah rupanya blogpress saya buat hal...hihi
Post a Comment