Monday, January 21, 2013

Kenal gamelan??? || Salasilah kisah cinta saya

Sabtu lepas, saya dan keluarga sempat pergi ke kenduri kahwin jiran saya. Kebetulan pula jiran saya tu staffs admin kat fakulti FKSG. Wahhh ramai pula yg saya kenal sepanjang berada kat kenduri tu.

Antaranya lecturer2 husband saya dan saya lah. Sah2 kami berdua dari fakulti sama dari berbeza course. Pastu jumpa pula kawan2 yang sama badge tapi sekarang dah jadi lecturer yang mana kami hanya berhubung dalam FB jer. Jumpa juga kawan2 ayah damia yg jadi lecturer juga. Pastu jumpa pula senior2, staffs FKSG dulu2 dan kawan2 lain course tapi yang duduk di pulai jaya juga. Dah macam reunion FKSG jadinya.. Hihi..


Eh berbalik pada tajuk, pernah dengar gamelan??? Dulu masa first year saya dan ayah damia sama2 ambil KOKOrikulum Gamelan. Tak minat, tapi itu jer yang kosong masa tu. Jadi sempatlah sama2 belajar gamelan walaupun tak faham apa. Tapi cinta baru berputik, faham tak faham, lain kira.. Janji tak ponteng kelas sebab sama2 excited nak jumpa.

Ingat lagi dari kolej sama2 jalan kaki ke Dewan Sultan Iskandar belajar gamelan. Lama sikit boleh berchatting sepanjang perjalanan tu.. Hihi.. Kenangan betullah gamelan ni..:))

Alhamdulillah, cinta yang berputik kat UTM tu pun dah sah menjadi yang Halal bagi saya sejak 8 tahun dahulu..:))

Kebetulan gamelan masa kat kenduri tu pun dari UTM..

P/s: FKSG menjadi saksi kisah cinta saya dan ayah damia..:))

Post a Comment