Friday, January 18, 2013

Tu diaaaaaaaa rupa stok Jonhson & Johnson setahun!!!!

Tengahari semalam masa saya ada meeting kat FAMA Negeri Johor, alih2 dapat missed call dari satu nombor ni..Bukan sekali tapi 3 kali...After meeting call back no tu, rupa2nya abang dari Skynet yang nak hantar barang. Ok, disebabkan masa tu masih ada kat JB lagi, so saya suruhlah abang Skynet tu letak barang2 dia kat office Skynet jer. Nanti petang saya ambil sendiri kat office Skynet tu sebab depan office saya kat Taman Universiti tu jer pun..

Dalam hati memang dah tau kalau dari Skynet mesti barang-barang dari Johnson sebab rata2 tengok kawan2 comper dah updated kat FB yang diaorg dapat hadiah dan cek dari Johnsons. Masa tu terdetik kat hati, macam manalah rupa stok setahun tu kan..

Dalam jam nak dekat2 5 petang, saya pun ke Skynet depan office tu. Kebetulan otw nak gi ambil both Damias balik tadika. Sekali kerani Skynet cakap "kak, kereta kena masuk belakang, 3 kotak besar kak".
Pabila saya jengok kotak tu, makkk aiii..boleh tahan besar jugak kotak ni. Maka saya pun suruhlah suami saya pergi ke belakang dgn kereta. Suruh ayah damia angkat kotak tu, sekali dia cakap "berat sangat ni, kena angkat 2 orang"..hohoho...maka gunalah kuasa supermak saya dan superpak daddy suami saya mengusung kotak tu ke dalam kereta. Adoiiii berpeluh2 sampai ke peha rasanya berat tu..dah lah saya baru start period...hurmm apa lagi, turun habis darah2 beku tu agaknya...ngeh ngeh ngeh..


Ni lah 3 kotak besar yang dalam stor Skynet tu...
Jenuh nak mengangkat weiiii


Masuk dalam kereta, ngam2 muat dua kotak besar kat bonet MPV..
So, terpaksa jatuh satu kerusi kat row tengah..


Dah lah otw nak gi ambil both Damias balik tadika, makanya Ayyunie kenalah duduk atas riba masa balik sekolah sebab tak muat..lepas tu kotak tu duduk diam2 dalam kereta sampailah malam sebab ada kelas kan..oh ya, cek dalam surat official saya ambil awal2 ya...excited nak tgk cek...hihi..:))


Malamnya kul 11:30 malam baru sampai rumah..
Masa ni tak sabar dah nak menyelongkar apa ada dalam kotak2 tu..
Sekali buka..
Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Banyaknya barang..
Ater kata menang stok J&J setahun worth RM2000 kan...hihi


3 Hamper besar semuanya!!!!


Ni saya snap guna DSLR..


Baru balik keje, so abaikan macam2 beg kat atas kerusi dan tepi meja tu...


Bakul pun bukan main besar lagi ya..
Ni kalau letak Ayyunie pun muat ni dalam bakul...hihi


Banyak barang2 yang saya akan let go ni sebab banyak tak guna macam listerine, carefree, stayfree, neutrogena, clean & clear dan lain2...alhamdulillah, dah ramai yang booked dan whatapps tanya2 harga. Insyallah, harini saya gi survey harga pasaran ya sebab memang tak tahu harga2 barang ni sebab tak guna kan. Ada yang suggest buat Garage Sale. Best gak tu, boleh chatting2 sambil2 tu kan...tapi masalahnya masa saya sangatlah terhad sekarang. Insyallah nanti saya cuba snap gambar satu2 pastu letak harga sekali ya. Tq kepada yang tak putus2 tanya harga let go. Yang best sekali ada yang tanya saya jual tak sebakul barang hamper tu...wahhhhh..menarik ni..akan dipertimbangkan..

Alhamdulillah atas kurniaan REZEKIMU!!!

P/S: Cek saya pihak Agency salah tulis IC...nasib baik ramai click kat Maybank dan most of them adalah parent students saya...alhamdulillah dah selamat bagi cek salah IC tu kepada ibu kepada salah seorang students saya dan akan dibank in harini...Alhamdulillah...senyummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Post a Comment