Monday, January 7, 2013

Shopping || Smart kamera, kelengkapan umrah dan basikal comelll

Ahad semalam memang dah rancang awal-awal yang kami akan spend utk shopping sedikit kelengkapan umrah. Biasalah nak pergi holiday mana2 pun sure akan habis banyak RM sebelum bertolak kan, begitu juga kalau nak gi umrah. Banyak kelengkapan kena beli awal2 kat sini supaya urusan menjalankan ibadah umrah berjalan lancar.




Kami keluar jam 11 pagi semalam. Tempat pertama yg kami pergi adalah kedai makan utk makan lunch terus.




Lepas tu misi mencari smart kamera pula. Jujurnya saya cari smart kamera ni sebab nak bawa pergi umrah. Kecil dan senang nak simpan dalam beg. In case kalau nak ambil gambar kat dalam masjid pun tak lah nampak hover kan kalau bawa smarr kamera ni. DSLR tu pula dibawa utk amik gambar time Ziarah.




Btw saya sendiri pun tak sure nak ambil smart kamera yg mana. Saya tahu kualiti gambar smart kamera tak boleh tandingi kualiti gambar DSLR. Tapi nak juga beli. Please jangan pengaruhi saya ambil Samsung Galaxy Camera yg tengah femes sekarang ni. Saya nak yg budget jer since saya dah ada 2 DSLR kan. Ok lah yg tu nanti saya kena cari info lagi kat google yang mana lebih praktikal dengan situasi saya.




Lepas tu kami ke Larkin pula cari kelengkapan umrah. Btw saya tahu kat sini sebab ayah damia call adik dia yg kerja tabung haji tu mana nak cari kelengkapan umrah kat JB ni. Saya dah search kat google tapi tak banyak info lah. Yang ada kat P.Gudang dan rumah org jer. Nasib baik kat Larkin ada walaupun ada juga stok yang kena tunggu.




Bagus kat sini sebab ada panduan apa kelengkapan utk kita sebelum menunaikan umrah.




Ayah damia sibuk cari kelengkapan. Banyak juga ilmu baru kami dapat masa kat kedai ni. Weols spent about 1 hour shopping kat sini. Kedai kecil tapi org boleh tahan ramai masuk kedai ni.




Ayah damia tengah test-test tali pinggang ihram.




Saya pula tengah test-test mini telekung.




Lepas tu kami singgah masjid Taman Universiti kejap utk solat zohor. Tetiba Aleesya request nak makan pizza hut pula. Amboi haritu request minum petang kek secret recipe, semalam pizza hut pula. Demand tinggi budak2 alaf milinium ni.




Then you know what, masa tgh makan pizza tu, ayah damia cakap "jom kita beli basikal".. Wahhh dan dan tu nak beli basikal. Tapi ada cerita sebenarnya kenapa kami nak beli basikal ni.




Muka Ayyunie dan Aleesya yang happy sebab nanti boleh naik belakang/ bonceng kat basikal tu. Ayyunie nak beli basikal juga tapi sebab tak pandai kayuh betul2 lagi, so rejected. Lagipun basikal kakak Aleeesya banyak dah kat rumah. Practice guna yg tu dulu ok Ayyunie.




Gigih masuk dalam kete. Terpaksa jatuhkan lagi satu seat kat second row. Kalau tak memang tak muat. Cerita kenapa kami beli basikal untuk ibu dan ayah memang ada kena mengena dengan persiapan kami pergi umrah. Nanti saya buat entry lain ya..:))
So sedikit kelengkapan telah lengkap walaupun masih ada yg tak sempurna lagi. Nampaknya kena spend masa lagi cari barang2 yang tak cukup lagi.
P/s: Saya suka basikal tu sebab nanti boleh buat prop photoshoot..:))
- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

3 comments:

emy said...

alhamdulillah..sy kalau ada rezeki lebih nak jugak pergi umrah tu...

Cik Puan Mimi said...

Ayu,

Dalam masjid nabawi, tak boleh bawa kamera.. mak guard akan sportcheck abis2an.. kadang2 derang raba2 badan kita.. ikut nasib2 .. bag mmg derang chek/selongkar betul2.. kalau snap dalam masjid nabawi, dan mak guard nampak mmg akan kene marah..kalau terbawak kamera/hp dalam bag, derang suruh balik bilik hotel hantar kamera/handset berkamera.. derang tau.. tp kalau untuk lelaki, derang boleh bawak kamera dalam masjid nabawi.. so sepanjang kt masjid nabawi, mimi mmg tak bawak sebab malas kene patah balik bilik hotel .. nanti buang masa.. so husband bawk kamera compact masuk dalam kocek. so boleh la snap2 kat luar masjid nabawi yang cantik tu

kalau dalam masjidil haram, boleh bawak kamera/hp berkamera, tp jangan la terlalu "nampak" sngat.. sembunyi2 jugak, tp tak strict sangat mcm masjid nabawi .. masuk ikut pintu 1, King Abdul Aziz, sebab situ pak guard yang jaga. derang tak check beg kita..

Mama Zharfan said...

semoga segalanya berjln lancar--me setuju dgn komen cik puan mimi--kat dlm masjid nabawi sgt strict utk bahagian solat wanita..tu me end up simpan digicam dlm b*a tu :) :)