Selamat bercuti kepada semua..
Eh!! Bukan semualah...yang bekerja di Johor sahaja..:))
Walaupun harini sepatutnya public holiday, tapi yang ada business sendiri macam kami ni, memang tak ingat dah bila weekend, bila public holiday, bila sepatutnya cuti...sebab kadang2 time2 macam ni customer datang utk buat appointment, tanya progress students, bincang jadual dan macam2 lagi..
So sejak hujung minggu lepas lagi, centre kami dah start buat pendaftaran utk pelajar2 baru sesi 2013. Harini pun sama, mana2 pelajar2 atau orang perseorangan yang berada di sekitar Johor Bharu, boleh lah datang ke Centre kami utk buat pendafataran. Masa dan hari pendaftaran boleh tengok kat banner atas..:))
Sedar tak sedar 2003-2013, hampir 10 tahun kami suami isteri sama-sama buat business ni.. dari zaman bujang (masa tu study master kat UTM), lepas tu zaman bertunang, 6 bulan lepas bertunang, kami berkahwin dan sehingga sekarang kami dikurniakan 2 cahaya mata, itulah punca utama rezeki kami selain dari rezeki2 melalui jalan lain yang Allah berikan. Banyak jatuh bangunnya dalam dunia business ni. Ungkapan kata2 atau tulisan dalam blog ni tak mungkin setanding dengan pengalaman yang kami lalui.
Ok lah...tetiba pula bersentimental di harini. Saya akhiri penulisan saya disini..tak boleh tulis banyak2..banyak kenangan2 tak kira pahit atau manis akan muncul kembali..Insyallah, suatu hari nanti akan saya kongsikan jua pengalaman2 saya utk tatapan anak cucu saya...:))
P/S: Nasib baik semalam gagahkan diri bawa juga anak2 gi bercuti..:))
~ Mencari rezeki yang halal ialah wajib sesudah menunaikan yang fardu
(seperti solat, puasa dan sebagainya) ~
" (HR. Tabrani dan Baihaqi)"
Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
No comments:
Post a Comment