Saturday, November 17, 2012

Cenderahati dari kenduri ~ dapat shawl

Harini saya mula bekerja dari jam 8 pagi lagi. Memang dah start busy since pendaftaran pelajar2 baru telah pun bermula harini.

Jam 1 tengahari tadi, berhenti sekejap utk makan tengahari. Kebetulan harini ada kenduri di Dewan Taman Sri Pulai, apa lagi.. Pucuk dicita, ulam mendatanglah kan..





Menu yg jarang2 kita makan kalau di kenduri kahwin. Selalu nasi minyak atau beriani. Ni nasi ayam. Eh ada juga nasi putih, gulai nangka dan gear box kambing masak merah.. Tapi saya memang tak suka makan kambing kecuali kambing panggang jer.





Pelamin dalam dewam. Tema ungu.




Both Damias yang kelaparan. Kesian anak2 ibu bangun kul 7 pagi nak ikut ibu gi office.. Selalu lepas zohor baru ikut. Tapi since dah start sibuk ni, maka tiap2 pagi lah nampaknya kena ikut gi office.





Cenderahati utk tetamu lelaki.




Cenderahati utk tetamu perempuan. Uniknya siap dapat shawl lagi tu.. Boleh pilih2 lagi tau nak warna apa.. Hihi

Btw banyak gambar2 kenduri lain yang saya snap2. Tapi disebabkan adik beradik pengantin di atas adalah student-student saya dan salah seorangnya saya tahu silent reader saya, maka terhasillah cerita kahwin kalini.

Cerita kahwin lain2 nantilah saya upload kalau rajin. Huhu..


- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone
Post a Comment