Tuesday, November 20, 2012

Sihat bersama salad || Didik anak makan sayur-sayuran

 Lately memang suka makan salad pagi2..
Iaitu masa breakfast..
Kalau tak kebiasaannya kami hanya makan salad utk minum petang atau masa lite dinner sahaja..

Diet?? Hurmm...ntahlah..
Tak terfikir pun pasal diet, walaupun ramai yang kata dengan makan salad sahaja boleh diet..
Tapi sebenarnya agak dah jemu asyik makan breakfast makanan berat contohnya nasi lemak, roti canai atau kuew tiaw goreng dan lain2..


Simple jer buat salad island saya ni..
Beli jagung dalam tin,
Kacang panggang dalam tin,
Aneka salad/lettuce
Tomato ceri
Mayonis
Thousand Island..

Gaul semua tu dalam 1 mangkuk, dan biarkan sejuk dalam petis ais dahulu..


Yummy!!! Makan sejuk2..
Aleesya memang hantu salad..
Kalau pergi Persian Restoran atau Pizza Hut tu, makan salad pun cukup utk dia..
Kalau kat rumah, siap bertambah2..pernah bawa bekal salad island ni pergi sekolah dia pun..

Mungkin sejak kecil diajar makan sayur2 dalam makanan2nya..menyebabkan both Damias langsung tak takut atau cerewet makan sayur2..ikut genetik saya kot...hantu sayur dan ulam..tak ada sayur atau ulam makan nasi, rasa macam kosong kosong kosong...si ayah memang memilih makan sayur dan ulam2an..:)

p/s: So macam mana?? Anak2 uolss makan sayur/ulam/salad tak??

p/s: Salah satu cara utk psyco anak makan sayur adalah saya selalu memuji anak saya dengan sesuatu perkara kalau makan sayur. Contohnya:

" Kalau Aleesya makan carrot, nanti mata cantik bling bling tau"

"Nanti kalau Ayyunie makan tomato, kulit cantik, boleh masuk TV"




 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 
Post a Comment