Wednesday, November 14, 2012

Jom buat Durian Crepe... Eh bukan.. Jemput-jemput durianlah!!!





Dah seminggu lebih cari durian, tak jumpa2.. Last last pergi jusco beli durian. Kat situ confirm ada kan.. Nak gred mana atau nak harga mana?? Yg saya amik kat atas gred D24... Wangi dan lembut ciri2nya.. Ya betul siap ada tulis ciri2 setiap gred durian lagi. Patut ler peti ais saya berbau harum sejak 2 hari ni..





Ni tepungnya.. Mula2 nak buat durian crepe.. Tapi sebab tak sabar sangat nak ngapppp durian yang semerbak harum tu, buat jemput jemput durian lagi senang dan cepat. Masa kecik2 dulu selalu gak makan jemput2 durian... Ni setelah 8 tahun kahwin baru try nak buat.. Dari crepe berubah jadi jemput2...





Dah siap!!! Walaupun rupa tak cantik, yang penting rasa tu memikat..kalau nak cantik letak dalam senduk bulat pastu masukkan dalam minyak panas dan amik isi durian letak atasnya. Di saya nak cepat, amik sudu leper dan letak siap2 durian atas tu.. Haha nak cepat makan punya pasal.. Hasilnya pun leper tapi rasa jujur sedaplah kan..





Closed up!!! So nampak tak kalau setiap gigitan jemput2 tu diiringi dengan isi durian yang marvelous!!! Makan suam2 lagi best.. Rasa cairan durian dalam mulut!!! Yummy!!!!

Ada lagi sikit durian dalam peti.. Malasnya nak ber"crepe".. Kang ada buat jemput2 durian lagi ni..:))



- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone
Post a Comment