Monday, November 12, 2012

Telur Pindang





Hari sabtu dan ahad memang penuh dengan jemputan kahwin dan kenduri kan.

Alhamdulillah, mungkin disebabkan org ramai mengadakan kenduri kahwin, dan ramai yg mendoakan majlis berjalan lancar, cuaca semalam amat baik.

Saya yang sebagai tetamu kepada para jemputan turut meminta doa agar tidak hujan sebab faham2 jer lah kan kalau hujan mesti susah juga para tetamu nak pergi tgk pengantin kan. Tu belum doa2 dari keluarga pengantin lagi kan. Dan ALLAH maha mendengar!!!

Oh ya kalau kat JB ni utk tetamu yg nak balik kenduri kahwin, akan dapat NASI BERKAT. Wahhh semalam saya memang tak masak langsung. Dan lepas maghrib pula, jiram saya yg buat kenduri tu pun bagi lagi lauk pauk kepada. Wahhh nampaknya harini tak payah masak lauk, just goreng2 sayur dan telur jer utk ayyunie. Sebab lauk2nya agak pedas.

Oh ya kalau kat Johor ni, salah satu cenderahati yg kita akan dapat ialah TELUR PINDANG.. Alaaaa telur yg warna coklat kat luar kulitnya tu.. Bau2 rempah lagi.

Tapi saya dan suami serta Aleesya memang tak makan telur tu. Ayyunie makan lah sikit2 kalau letak kicap, janji jangan bagi dia nampak warna kulit telur tu. Ntahlah.. Dah pernah try, tapi memang macam tak boleh pergi jer telan telur tu. Telur rebus biasa pun kurenggg, ni lagi telur yg bau2 rempah.. Huuuhuuu

Oh ya, uolsss makan tak telur pindang ni??? Dok tgh tilik telur ni nak buat apa dalam piring ni..


- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone
Post a Comment