Wednesday, November 7, 2012

Apa makna markah 100% utk keputusan peperiksaan anak anda??

Makna bagi saya???
Alhamdulillah, sekurang2nya anak saya dah cuba sedaya upaya utk mengingat dan menjawab soalan2 peperiksaan tersebut. Dan jujurnya saya katakan, peperiksaan budak2 tadika sekarang pun dah advance sangat dan tak sama level macam kita2 dulu kot..




Ahad lepas, pergi tadika both Damias utk ambil report card dan parent-teacher meeting. Semua subjek Aleesya dapat 100% kecuali math.. Tapi kalau tgkkan soalan math tu pun dah macam budak year 1 punya soalan. Utk lukisan pun Aleesya dah banyak improvement.. Well done Aleesya!!!




Ni markah utk Ayyunie... Semua subjek 100% kecuali bahasa cina. Ibu dah agak sebab bukan mudah nak faham bahasa cina ni walaupun ibunya boleh mengajar mandarin. Bayangkan umur 3 tahun tapi nak kira stroke karakter2 bahasa cina tu.. Ibu dulu2 pun dah naik darjah 2 baru belajar stroke tu.. Ok lah Ayyunie utk students yg paling muda di sekolahnya!!! Means Ayyunie akan tadika 6 tahun 2 tahun berturut2 sebab masuk tadika awal sangat..




Oh ya, saya tak pernah cerita lagi kan yang aleesya ni class monitor tahun ni.. Pastu penggal 2 exchange jadi assistant class monitor sebab banyak absent.. Nak buat cam mana absent sebab Dutch LAdy dan JAcobs shooting ler..

Apa2 pun tahap macam ni pun ibu dah bangga sangat2. Bukan mudah nak bersaing dengan budak2 cina dalam kelas tu!!! So far so good.. Harapnya masa2 akan datang lebih banyak improvement daripada anak2 ibu!!! Insyallah dan terima kasih Allah atas rezekiMu terhadap anak2ku.. Aminn

P/s: Sekadar rekod utk both Damias utk masa2 akan datang

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone
Post a Comment