Thursday, November 22, 2012

Posing2 di Merlion Park, Singapore

Semalam memang dah rancang nak bawa anak- anak pergi jalan- jalan. Kesian diaorg walaupun cuti sekolah dah start dari 2 minggu yang lepas, tapi memang tak sempat langsung nak bawa ke mana2. Hurmm, kalau nak tunggu habis kerja baru bawa gi jalan- jalan, kerja memang tak pernah habis kan.


Fikir punya fikir punya fikir, manalah nak bawa budak- budak ni gi Jalan kan. Nak bawa gi jauh2 tidur hotel, harini kerja. Nak bawak gi Hello Kitty Town, Ayyunie masih takut dengan karakter kartun. Nak bawa gi Legoland, macam tak sesuai pula dengan Ayyunie dan kejap kejap hujan. So decided bawa gi jalan-jalan Singapore lah.

Ni pun satu hal, dah nak masuk Singapore pun masih tak tahu nak bawa both Damias gi mana. Ingat nak bawa gi Jurong Bird Park, dah pernah pergi. Nak bawa gi Singapore pun dah pernah pergi. Nak bawa gi USS??? Jangan haraplah sebab saya tahu Ayyunie mesti nak atas dukung jer. Kat kedai makan jumpa kucing pun dah nangis dan merengek2 takut, kat rumah jumpa lipas pun cepat2 lompat atas katil jerit nama ibu, inikan pula nak bawa gi jumpa karakter2 dalam USS tu??? Cehh ater ibunya dah pernah pergi USS, malas nak gi lagi. Tunggu Ayyunie besar sikit...:))


Ok fine..last2 kami decided nak ke Sentosa Island. Since dulu datang sini pun gi USS semata2, so kalini boleh round2 lebih dengan kereta.


Tapi sebelum tu sempat jua kami pusing2 kat Singapore Flyer. Ada 3 attractions yang kita boleh main kat situ. Ada Singapore Flyer, Duck and Tour dan Hop on Hop off macam kat KL tu. Ingat nak naik Singapore Flyer, tapi mahal benar tiketnya. Dewasa $33. Kanak-kanak $21. Kalau kami ni 2 dewasa 2 kanak2, total $108. Convert duit RM kena darab dengan 2.44 rate semalam. Pergghh naik Singapore Flyer ni pun dah hampir RM263.52. Memang tak berbaloi kot bagi kami. So, just round2 kat situ jer.


Otw nak ke Sentosa Island tu, singgah sekejap di Merlin Park. Tempat wajib singgah utk para pelancong yang ke Singapore. Perghhh ramai betul pelancongnya. Yang best sekali tu, kami salah masuk parking. Kami masuk parking kat hotel apa ntah namanya. Haha...Adoiii tak pasal2 kena $8 utk parking. Tapi memang ada access guna eskulator nak ke Merlin Park ni.


Hairan juga memula, bas2 dan van2 pelancong parking kat mana kan sebab punyalah ramai org semalam kat situ. Paling ramai Bangladesh. Kenapa erkk ramai??? Ke sebab malam sebelum tu Bangladesh seri bola 1 sama dengan Malaysia?? Ada kena mengenakah??? Kui kui kui....


Ok lah jom layan gambar posing2 kami di Merlin Park!!!

Finally dapat juga bergambar tempat singa muntah air ni...haha

Panas terik yg teramat...tapi selamba jer org ramai posing..:>>

Sakan Aleesya nak posing ngan spek mata ibu..~^~

Giliran Ayyunie pula bergambar ngan ibu. See takut dengan Lion tu, terpaksa lah dukung!!!

Cantik kawasan Merlin Park ni... sesuai utk photoshoot..

Both Damias!!! Time ni ramai pula pelancong2 dari Korea, Jepun dan Bangladesh minta nak snap2 gambar both Damias ni.. femes jap..si Aleesya saja buat muka sebab katanya nak air nak air.. habis tu semalam memang panas terik sangat2 kat sini.

See, Aleesya muka masam lagi sebab nak air nak air. Ni bergambar di bawah jejantas. Salan satu tempat attraction boleh tgk duck tour dan Singapore River Cruise.

Akhirnya beralah kena beli juga air ni. Ayyunie minta fresh green apple juice. Aleesya minta strawberry smoothie. Total $15. Convert duit RM total RM36.60 utk 2 air tu..Pengsannn... tips dia jangan ngada2 sibuk nak convert RM huhu....

Dari Merlin Park dah boleh nampak Singapore Flyer.

See, penuh pelancong semalam. Rata2 pakai baju sama supaya senang nak cam kot..:))

Otw nak ke tempat kereta, singgah duduk2 sini sambil minum air sambil snap2 gambar pemandangan belakang. Sana sini penuh bangunan pencakar langit.

Ayyunie pun nak jugak ..:))

Posing lagi.

Otw nak gi Sentosa Island ...jumpa lagi Singapore Flyer...

Yeayyy dah sampai Sentosa Island. Dari jauh dah nampak USS!!!


Ok nanti sambung lagi cerita Underwater world dan Dolphin Show..


- Posted using BlogPress from my iPad

Post a Comment