Sunday, November 18, 2012

Cerekarama " Sebelum Kiamat " memberi impak pada mimpi saya semalam!!!!

Semalam saya bermimpi org2 yang menghadiri menyaksikan AIM telah dilontar batu bertalu2 oleh adik Radi yang berlakon dalam cekarama " sebelum kiamat" malam tadi.


Subhanallah...beristifar panjang saya...impak yg sangat besar mimpi saya tu..
Jujurnya saya langsung tak tgk AIM semalam...aim saya hanya nak tgk cerekarama sahaja sebab tertarik dengan gazette cerekarama sebelum tu..


Semoga mimpi saya semalam memberi seribu erti maksud tersurag dan tersirat kepada saya.


Yang tak tgk cerekarama semalam, boleh baca sinopsis ringkas kat bawah. Tapi kalau anda menonton sendiri cerekarama tu, feelnya memang menusuk dalam hati.


Sinopsis Sebelum Kiamat Telemovie Sebelum Kiamat ini berkisar tentang seorang budak bernama Radi yang memberi impak besar dalam kehidupan
individu di sekelilingnya. Dia membantu tok imam menyarankan penduduk kampung sembahyang berjemaah di surau selain
membantu seorang pelacur yang dihimpit masalah.


Plot cerita menerusi telemovie Sebelum Kiamat ini cukup ringkas di mana seorang budak mampu mencetus kesedaran kepada ramai orang. Penonton yang menyaksikan telemovie ini pasti tidak menjangka apa yang berlaku.


Sebagai contoh, apabila Radi naik basikal melontar batu ke arah penduduk kampung, sudah pasti tindakan itu menimbulkan kemarahan orang. Namun dia berbuat demikian dengan tujuan untuk mengajak orang sembahyang di surau.

Tindakan itu walaupun agak tidak munasabah namun Radi berjaya menarik perhatian orang ramai. Ketika dikejar, Radi memberhentikan basikalnya di surau dan dia di tangkap penduduk kampung di hadapan surau sebelum azan berkumandang. Secara tidak langsung penduduk kampung yang mengejarnya menunaikan solat terlebih dahulu.


Tindakannya itu berjaya
menyedarkan orang ramai. Radi lakonan Muhammad Naim Daniel Bahari mempunyai karakter tersendiri dan mudah mengalirkan air mata. Bakat lakonan yang dimiliki pelakon cilik ini menarik perhatian ramai.


Sherry Merlis yang membawa watak Salmah sebagai pelacur dalam telemovie itu mengakui, biarpun penampilannya hanya
menerusi beberapa babak dalam telemovie itu, namun dia perlu memberi impak besar dengan watak yang diberikan. Biarpun pertama kali membawakan watak hitam, dia tidak perlu tampilkan sisi gelap wanita itu membuatkan dirinya tidak berdepan banyak masalah.


Pelakon drama Sebelum Kiamat: Muhammad Naim Daniel Bahari, Soffi Jikan, Sherry Merlis, Zamarul Hisham, Liza
Rafar,Noorkhiriah A Shapie, Datuk Rahim Razali


Info Sebelum Kiamat TELEMOVIE: Sebelum Kiamat
PRODUKSI: Enuja Production Sdn Bhd
PENERBIT EKSEKUTIF: Mohd Ismail Hassan Ali, Rahmatun Nisa Abdul Wahab
PENERBIT: Zainuddin Mohd Ismail
PENGARAH: Murali Abdullah


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Lebuhraya Laluan Ke II,Senai Kulai,Malaysia

No comments: