Tepat jam 9 pagi hari ahad lepas, sebuah MPV Toyota Innova datang mengambil kami sekeluarga untuk masuk ke Singapore. Btw pakej kemenangan kami adalah termasuk sekali dengan pengangkutan. Kalau yang duduk luar Johor, dapat naik flight terus ke Changi Airport. Tapi memandangkan saya sangatlah dekat dengan Singapore, maka urusan transporation hanya melalui darat sahaja. Syukur Alhamdulillah. Unexpected sebab dalam surat redeem voucher saya menyatakan yang saya akan menaiki kereta sendiri masuk ke Singapore.
Kami tiba ke Festive Hotel dalam jam 11 lebih. Bukan sebab jammed, tapi disebabkan driver nak masukkan gas NGV dululah, nak top up autopass lah, nak cari kedai 7-11 lah...tapi apa-apa pun semuanya berjalan lancar. Yang paling bersyukur sebab driver tu bagitau sehari sebelum kami sampai, Jerebu mencecah bacaan PSI 300 lebih tau, sampaikan kereta kabel pun terpaksa berhenti operasi sebab kabus terlalu tebal. Pengunjung yang ke pantai Sentosa pun dilarang mandi kerana warna air dan jerebu dah hampir sama. Tapi kami Alhamdulillah, masa kami sampai bacaan PSI hanya 70 sahaja, dan cuaca pun dah kurang jerebu. Allah maha mendengar doa-doa kita kan. Syukur sebab boleh bawa anak2 bermain dengan gembira tanpa was-was pada jerebu.
Lepas kami simpan beg di Festive Hotel (nak check in tak boleh lagi sebab awal lagi kan), driver pun bawa kami terus masuk ke USS.
Yeayyyy, kami dah sampai!!!!
Kali ke2 utk saya dan ayah damia...
Dan kali pertama untuk both Damias..
Kami sampai ke sini lebih kurang jam 11 pagi lebih-lebih..
So tak adalah crowded sangat..
Nak main apa2 rides pun tak yah tunggu lama-lama.
Ayyunie teruja sebab masuk2 jer USS dah nampak Kungfu Panda tu.
Tapi takut-takut jugak tu...
Aleesya memang awal2 dah excited sebab dia memang awal-awal dah tgk kat you tube USS tu apa..
So, sampai sini tak habis2 mulut dia berceloteh...
Riang ria keluarga kami..
Bergambar dengan Kungfu Panda!!!
See, happynya both Damias!!!
Kami start perjalanan kami dari "New York" dulu..
3 tahun lepas kereta polis ni kat area belakang tu...
Sekarang letak kat area depan-depan..
Kat area belakang tu sekarang dah ada patung "sesame street"
Siap lompat Aleesya kat Sci-City ni..
Dulu masa tahun 2010 kami datang, Transformer tak ada lagi..
Suka betul Aleesya posing ya..
Both Damias cakap "macam kereta lah"..
Nak buat cam mana, sebab ibu sendiri pun tak minat tgk Transformer..
Kami main dalam ni..
Pusing-pusing kepala kami anak beranak..
Nasib baik tak lama..
Kalau tak memang boleh muntah nanti kat situ..
Berhenti berehat kejap kat area Egyptian..
Suka tgk gambar ni...:)
Dalam banyak-banyak ride yang kami tunggu, ride ni lah yang paling lama sekali..
Tak sabar-sabar both Damias nak jadi driver nak bawak sendiri kereta ni...konon..
Walhal memang automatik kan...hihi
Macam2 panorama dan pandangan yang boleh kami lihat semasa riding kereta ni..
Ayyunie dah takut-takut..sebab tetiba ular tedung besar berbunyi dan goyang-goyang...tetiba buaya dalam air muncul...Aleesya cakap "tak yah takut lah...tu tipu-tipu jer"...haha
Bergambar depan "Far-Far Away"
Macam2 gaya Aleesya posing..
Gaya Gwiyomi pun ada..
Both Damias rasmikan baju baru yang ibu beli via online..
Korea Kids katanya!!!
Dekat sebulan lebih baru sampai...
Lepas tu kami berhenti makan lunch kejap di area Madagascar..
Dapat 2 set lunch free guna voucher..
Lagi 2 set beli..
Total SD30 utk nasi dan air both Damias..
Convert RM75...haha...nasi utk budak2 jer tu
Selain dari tebus makanan di Madagascar Cafe, boleh juga tebus di Hollywood China food..
Tapi malas pulak nak jalan jauh...ni jer yang paling dekat dengan kami masa tu..
Aleesya bergambar kenangan dengan monyet di Madagascar Cafe..
Lepas makan, kami naik ride ni pula..
Saya pun join sekali..Ayah damia tak lah...hihi
Kalau ride ni, siapa lagi paling happy kalau bukan Ayyunie kan..
Memang baby baby lah awak ni Ayyunie..
Opppsss...ibu terlebih sudaaaaaa..
Kalau boleh siap nak repeat naik lagi tu si Ayyunie..
Hah, yang ni masa tahun 2010 pun tak ada lagi jugak..
So kami excited lah kan nak naik boat ni..
Kat area Madagascar jugak ni..
Sekali naik...wahhhhhhhhhhhhh sangat best..
Both Damias suka suka suka naik boat ni..
Seolah2 cerita Madagascar tu, kita melayari dan menghayati bersama..
Best best best...last2 tu ingat air terjun betul2 tau..
Siap nyorok bagai DSLR, handphone dan sling bag..
Sekali tgk ilusi jer lah...haha.
Tipah tertipu gitu!!!
Keluar dari boat tu, terus masuk kedai cenderahati..
Apa lagi, since both Damias teruja dengan haiwan2 Madagascar, so both Damias pilih sendiri baju yang ada animal apa kat baju tu...
Dapatlah sorang sehelai baju kat situ..
Tapi malangnya saya terlupa pula nak guna retail voucher yang kami dapat..
Kalau tak jimat SD10 kan...hihi
Bagi can saya posing macam kanak-kanak ya!!!!
Lepas tu kami patah balik ke Far-Far Away..
Sebab nak tgk 4D movie punya pasal..
Best2...both Damias pun happy dalam tu..
Ayyunie jer mula2 takut..pastu dah ok..
Aleesya dah makin seronok di USS..
Kami pun ada bergambar dengan "mak princess" ni (kata Aleesya)
Kalau gambar berempat memang banyak dalam Iphone..
Senang nak suruh orang snap..
Masa ni both Damia betul2 penat..katanya dah tak larat jalan..
Walhal siap bawak buggy lagi tu..
Gilir2 kejap2 Aleesya duduk, pastu Ayyunie duduk..
Pun penat jugak..
Last2 berhenti rehat kejap kat sini sambil tgk persembahan jalanan..:)
Then kami sambung balik jalan-jalan tanpa main apa-apa ride..
Masuk kedai cenderamata utk beli baju ayah damias pula..
Saya tak beli apa-apa pun..
Ntah..baju USS yang beli tahun 2010 pun jarang2 pakai..
Tak tahu nak beli apa...hihi..
On the way nak balik tu, jumpa pula Carlie Chaplin..
Ayah Damia nak sangat bergambar dengan Charlie ni...hihi..
Sempat lagi si Charlie ni buat mulut senget ya..
Then dalam jam 4:30 petang, kami decided nak check in hotel..
Both Damias dah penat..
Hihi...baru berapa jam jer kan..
Kononnya kalau larat nanti kul 6 petang datang lagi sini..
Sebab kita boleh masuk balik walaupun dah keluar pada hari yang sama dengan syarat tangan kita dicop..
Jalan kaki jer balik ke Hotel..
Dekat ajer..
Hurmmm, mananya nak datang balik..
Check in, lepas tu terus tertido..
Both Damias tak tidur pun sebab teruja main katil diaorg yang panjat-panjat tangga tu..
Bangun tidur, terus kami ke Pool Hard Rock Hotel..
Tunggu Next entry ya!!!
Apa2 pun happy sebab dapat bawak anak2 datang USS. Tak sangka niat nak bawak Aleesya datang sini masa umur dia 5 tahun Allah makbulkan. Terima kasih Dumex Dugro kerana menaja percutian kam ini. Terima kasih PST Travel kerana menguruskan perjalanan serta penginapan dan tiket kami.
Insyallah ada hari dan rezeki, boleh menang lagi dan lagi. Kalini mungkin ke Oversea pula..:)
p/s: Kalini saya buat entry USS buka part by part macam yang first-first saya pergi tahun 2010..
Kalau agak2 ada yang nak baca entry tu USS 2010 saya tu, boleh layari link dibawah..:)
http://ibuayahdamia.blogspot.com/2010/08/universal-studio-singapore.html
http://ibuayahdamia.blogspot.com/2010/08/universal-studio-singapore-far-far-away.html
http://ibuayahdamia.blogspot.com/2010/08/universal-studio-singapore-new-york.html
http://ibuayahdamia.blogspot.com/2010/08/universal-studio-singapore-hollywood.html
http://ibuayahdamia.blogspot.com/2010/08/universal-studio-singapore.html
http://ibuayahdamia.blogspot.com/2010/08/universal-studio-singapore-far-far-away.html
http://ibuayahdamia.blogspot.com/2010/08/universal-studio-singapore-new-york.html
http://ibuayahdamia.blogspot.com/2010/08/universal-studio-singapore-hollywood.html
Kata Hati
3 comments:
Bestnya..dapat percutiaan tajaan. Saya dulu pergi takdapat pon tangkap gambar dengan charlie chaplin dan fair god mother. Rasa sekejap je pergi. heheheh
Macam nak pergi je lagi!
wah seronokknyerrr!! dulu pergi USS pun lepas menang RATU kannn..murah rezeki Ayuu ;)
nak tgk pic hotel....so pool festive hotel combined dgn HR hotel lah yer? sbb me dtg USS last year me stay kat HRHotel tu and memang my boys mandi kat pool HR
Post a Comment