Friday, June 21, 2013

"Eeeeeiiiii, macam doktorlah!!!"



Kawan-kawan pakai mask, Ayyunie pun nak pakai mask. Finally tercapai juga hasratnya utk pakai mask. Siap cakap "eeeeiiii macam doktorlah!!!"

Semalam jerebu agak kuat di tempat saya. Rata2 ramai yang memakai mask. Di Tadika, majoriti kanak2 dan guru2 pun pakai mask. Saya pulak masa balik ambil both Damias baru singgah petronas belikan mask.. Haishh lambat betul tindakan saya kan. 

Btw semalam tadika both Damias ada sesi amik gambar kelas ramai2 kat luar tadika tu. Kalau kelas 6 tahun, kelas Aleesya pula ada ambil gambar graduation pakai jubah dan bonet tu. Haishhh cuaca dah lah teruk semalam. Harapnya semua kanak2 kat tadika tu termasuk both Damias sihat.. Harini dah start pakai mask mereka berdua. Saya??? Hihi jangan haraplah nak pakai mask.. Rimassss..


Memang teruk jerebu semalam.. Dah macam rupa duduk Genting Highlands berkabus.. Tapi tak sejuk...


See, asap banyak betul!!! Dalam tengahari lagi kuat jerebunya. Sampaikan masa tu saya lalu depan Angsana, bangunan Angsana nampak samar-samar sangat.

Pagi tu lagilah, siap jerebu masuk rumah lagi. Thanks kepada kawan2 yg bagi idea kat FB cam mana nak elakkan jerebu masuk rumah. 

P/s: Semalam tak sempat langsung nak tulis entry. Sibuk ke sana sini. Tapi semalam adalah hari yang best utk saya sebab rezeki tak putus-putus hadir dari pagi lagi. Macam2 bentuk rezeki hadir...alhamdulillah.. Syukur..Terima kasih Ya Allah!!!
Post a Comment