Tuesday, June 4, 2013

Yeayy!!! Baju raya dari Jakarta dah sampai..

Btw pos laju sampai khamis lepas. Tapi memandangkan masa tu kami masih lagi cuti2 Malaysia sambil bekerja, maka semalam baru sempat ambil parcel ni kat Pos Laju Larkin.

Alhamdulillah, cantik lace bordernya.. Btw saya sangat jarang-jarang beli baju online sebab saya ni kan tinggi. So susah nak cari baju atau kain atau skirt yg ngan ngam dgn ketinggian saya. Tapi pabila ternampak baju ni kat FB, terus decided nak orderlah. Tu pun habis tanya dan berbincang dengan tuan yang jual baju ni.

Btw juga yg ada hanya baju dewasa sahaja. Yang kanak2 saya request sebab biasalah, nak sedondon katakan. Nasib tuan yg jual baju ni sporting layan kerenah2 saya. Dah lah dekat seminggu menunggu saya bagi ukuran both Damias. Nak ukur badan anak pun tak menyempat..:)

Oh ya, baju ni dibuat di Jakarta ya. So memang take time 3-4 weeks jugaklah baju2 ni siap dan hantar kepada saya.




Saya dah try semalam. Ok lah.. Cuma kalau labuh sikit lagi dalam 2cm, saya lagi selesa.. Both Damias tak sempat mencuba lagi. Hamboii, mentang2 lah cousin, tok ma dan tok ayah dia ada kat rumah ni, ibu panggil try baju pun tak nak ya!


Warna pilihan saya. Ni pun tanya pendapat ayah damia juga. Dia kata cantik warna purple, saya pun tak fikir panjang terus order warna ni.


Warna ni pun saya berkenan, tapi memikirkan nak sedondon dengan anak2, macam tak sesuai pulak nak amik warna dull kan.


Pink memang warna feveret saya. Tapi lace bordernya pula tak menyerlah. So kalini pink bukan menjadi pilihan. Btw banyak lagi warna2 lain, tapi sebab raya lepas2 dah ada tema warna tu, so tak berkenan.

Harga baju ibu RM155 sepasang, anak2 RM95 sepasang. Total RM345. Bolehlah merasa baju raya dari Jakarta..:)

8 comments:

wawa syaida said...

kak ayu order kat mn....boleh bg link x....cantikkk :D

::NureeN:: said...

cantik la..
mmg sesuai ngan akak..
tinggi.. ;)

Puan Ida said...

Salam,
Saya ida
Newbies blogger
lawoo nye baju raye die
Jauh lagi tu datang nye
memang mengerlip lah raya ni ye
Jemput lah meriahkan blog saya & jadi kawan saya
umielman.blogspot.com

Qira said...

tempah kat mana ni kak? blh bg link x?

Siti Kartini said...

As salam kak, nak tanye kain nya ok ke masa akak try? nipis ke? melekat ke badan ke? cantik jubah ni, ingat nak try gak beli

Unknown said...

wah...ala2 jubah moden gitewww
kaler pun cun..
yang penting sedondon..

bila ada anak pompuan gitew ler kan ayu..
semua kalau boleh nak sedondon esp time2 raya or kenduri kawen nie....

Unknown said...

salam
cntik plak baju ni ayu..
berkenan plak,..:)

Nur-nba said...

Camtiknya baju ni Ayu.. Kalau tak keberatan, bolehlah Ayu bagi link kedai tu.. Tq