Friday, June 7, 2013

Harga tudung belas-belas ringgit jer di Tak Bai

Serius.. Memang harga tak tercapai dek akal.. Masa mula2 tanya berapa harga tudung2 yang tergantung tu semua, kakak yang jual tu kata RM16-RM19 sahaja...what???? Naik meroyan rasa nak beli semua tudung tu semua. Tapi disebabkan akal saya yang masih waras, saya hanya beli beberapa helai sahaja..lagipun tudung yang saya berkenan banyak saiz M.. Kalaulah ada saiz L, nak juga saya beli banyak2 buat stok atau bagi kat saudara mara..:)


Haishh macam2 pattern ada. Pattern2 semua up to date. Tu saya pilih pattern butterfly.. Kalau saya tak cakap harga belas-belas, ada uolss tahu??? Hihi.. Oh ya kerongsang pilih sendiri ya.. Harga RM5 jer kerongsang tu...


Ni pun harga belas2 juga.. Tapi mahal sikit dari pattern butterfly sebab ada diamonds kan.. Ya Allah.. Selesa pakai tudung ni sebab kombinasi antara cotton dan chiffon.


Masa saya upload kat FB tu, ada kawan2 yang suruh saya borong dan balik jual.. Haishhh kalau ikut otak business saya nak jer jual semula. Tapi kita janganlah tamak ya. Ramai lagi yang jual tudung kat luar sana. Business saya yang ada sekarang pun tak terlayan.. Tak pe... Saya bagi info ni, nanti lain kali uolss pergi sendiri borong ya..


Macam2 pattern ada.. Ni saya baru jalan2 kat depan laut tu jer.. Tak masuk kat dalam kedai2 lagi.. Mahu berjam-jam saya kat Tak Bai nanti..Ya Allah, betul2 heaven nak beli tudung kat sini..:)


Perghhh kerongsang pun macam2 pattern. Pattern terkini yang ala2 jenama mahal pun ada.. Haishh kelabu mata..:)

Nanti nak gi lagi lah Tak Bai.. Kalini boleh borong banyak2 utk disedekah pada sanak saudara dan keluarga..:) Kata insurans kereta kat Thailand valid until Ogos 2013..:)
Post a Comment