Sunday, June 2, 2013

Finally, setelah 8h7m cuti-cuti Malaysia..

...Dan akhirnya back to normal...

Dari sabtu lepas, kami bertolak dan bermalam di Post Dickson, lepas tu naik KL kejap, then terus balik ke Kelantan. Di Kelantan kami ke Thailand pula seharian. Lepas 3h2m di Kelantan, kami bermalam pula di Hotel KL sebab ada 2 meeting yang perlu dihadiri. Dan disebab kan terlalu penat yang amat, kami singgah dan bermalam pula di Melaka. Fuhh, happy sebab sambil2 cuti, business CocoDamia tetap jalan. Bayangkan sepanjang 8 hari kami bercuti, kami dapat Stokis 2 orang dan dealer 3 orang. Alhamdulillah, Syukur sebab saya dapat menambah nilai kepada orang-orang yang betul2 ingin berniaga sambil menyebarkan makanan sunnah.


Selamat bercuti semua..
Minggu ni memang banyak betul cuti umum kan..
Kami team CocoDamia tetap utuh bekerja harini demi memenuhi permintaan Luar Biasa daripada para pelanggan serta repeat order dari Stokis dan dealer.
Production Coklat pun makin hari makin bertambah pekerjanya.
Dari 2 orang asalnya dan kini dah jadi 7 orang.
Semuanya demi memenuhi permintaan Coklat IQ-CocoDamia.
Alhamdulillah, Syukur..


Buat pengetahuan yang masih tak tahu..
Pemprosesan dan Pembungkusan Coklat IQ-CocoDamia adalah A-Z dibuat dihadapan mata saya sendiri. Bukan produk OEM yang kilang buat ya. Al-maklumlah demi menjaga kualiti serta kerohanian dalam Coklat IQ, saya rasa saya lebih yakin buat sendiri berbanding kilang yang buat. Insyaallah, kalau ada rezeki dan peluang, saya juga akan buat kilang kecil sendiri. Kita hanya merancang dan Semoga Allah tunjukkan peluang itu kepada saya dan suami. 


Oh ya, semalam otw balik dari Melaka ke JB..saya terserempak dengan konvoi bas JDT di lebuhraya Utara-Selatan. Wahhhh bukan main bersemangat lagi semua ya. Saya kira-kira, lebih 25 bas yang konvoi tu. Diiringi pula dengan polis-polis. Alhamdulillah, JDT menang malam tadi. Tak sia-sia saya tunggu sampai habis depan TV..hihi..Opsss final nanti nak sokong mana ni?? TRW atau JDT?? Hihi..

p/s: Ok lah, nak makan dulu...tunggu staff saya tapau makanan utk saya dan keluarga di office..lepas tu sambung kerja balik..Syukur dengan RezekiMU Ya Allah...

No comments: