Friday, June 14, 2013

HiG Double Grill Pan II Teruja, Tak mustahil dan akhirnya Terpengaruh beli!!!!


Saya betul-betul teruja tgk semua masakan kat bawah dengan menggunakan pemanggang HiG ni..
Dan saya percaya tiada yang mustahil dengan pemanggang HiG ni..
Dan akhirnya saya 100% terpengaruh utk beli dalam masa 5 saat sahaja pabila saya melihat masakan2 kat bawah ni..

Tak percaya??? Jom saya bawa anda melihat masakan-masakan yang mengujakan lagi mengiurkan dibawah..
Gambar-gambar semua saya ambil dari blog kak Ita..
Saya memang dah lama follow blog Kak Ita ni...kiranya silent reader blog Kak Ita ni lah..


See, comel jer kek cawan ni walaupun hanya dibakar dalam pemanggang HiG..


Mengoreng apatah lagi..
Sangat senang dan cepat..


Nak buat Grill pun boleh sebab tak melekat..


Lepas ni harus sentiasa buat macaroni bakar dalam bekas kecil-kecil macam ni..


Terliur tak tgk??? Tipuuuuu kalau uolsss kata tak terliur..


Ya Allah...buat kek puding pun boleh??
Haishhh wajib mencuba ni...


So, dengan rasminya ahad lepas saya dah beli pemanggang HiG ni..
Kebetulan Allah nak bagi petunjuk, masa saya masuk sebuah kedai bakery kat Taman Pulai Perdana, saya ternampak pemanggang HiG ni...terus saya ambil dan bayar tanpa banyak cakap..sebab memang dah aim nak beli pemanggang ni masa tgk kat blog kak Ita tu..


Walaupun sebelum2 ni ramai kawan2 FB dan blogger yang upload tentang pemanggang ajaib ni, serius tak terdetik pun nak beli. Ada yang beli jenama Happy Call, Vantage, Ikan dan lain-lain. Tapi Serius tak terdetik pun nak beli. May be sebab saya fikir saya dah ada pemanggang elektrik. Tu yang saya tak kisah nak beli pemanggang ajaib ni..


Tapi bila saya tgk blog kak Ita yang pemanggang ni bukan sahaja utk grill ikan, daging atau ayam, terus saya teruja seterujanya!!! Tak sangka macam2 boleh dibuat dengan pemanggan HiG ni..


So, lepas ni harus mencuba dan terus mencuba pelbagai resepi yang dikongsi oleh Kak Ita..
Haishhh..wajib juga mencari masa yang sesuai utk main masak-masak bersama pemanggang HiG ni..


Yeayyy...finally saya teruja dan terpengaruh untuk membelinya..
Oh ya saya dapat info bahawa singkatan HiG tu adalah (Haji Ismail Group).
Ramai kawan2 saya beli kat Langkawi dengan harga RM65 ke atas..
Saya beli RM100..tak pe lah mahal sikit..
Janji sangat berbaloi kan..:)

Ok, saya dah rasmi pemanggang HiG ni Isnin lepas..
Nanti kalau ada masa saya share resepi yang saya masak guna Pemanggang ni ya..
Nak gi ambik anak dari tadika dulu...

p/s: Hari ni hari yang paling memenatkan.. duduk kat sesuatu tak sempat nak panas punggung dah gerak ke sana ni...pastu gerak ke sana sini lagi...pastu gerak sana sini lagi...ni baru duduk lama sikit 15 minit...nak gerak lagi dah ni...

2 comments:

mama tisya said...

mmg mudah guna pemanggang ajaib...cpt pn cpt...mmg bole wat mcm2 ..bakar kek,murtabak selain grilles,kukus,goreng...oh mhl ayu bli tp tkpela...sbb mmg rmi yg ckp bli kt langkawi murahtk silap dlm 50 je

DCKEY OJOLALY said...

hehehe pemanggang ajaib ni memang memudahkan kerja....paling best panggang ikan keli dan terus leh masak pecal...kalo dulu nak goreng ikan keli ni siap bersilat bagai..hehehhe tapi kini tidak lagi..hehehehe....utk org diet lagi sesuai..

eh dah sampaiTaman Pulai Perdana sila lah singgah kedai Dobi Ibu Danish ni..