Wednesday, June 26, 2013

Masak dengan kasih sayang menggunakan double grill pan baru saya!!!

Sabtu malam lepas, saya memasak dengan semaksimum mungkin menggunakan HiG pan saya. Sia-sia lah beli kalau tak guna kan. Harga dah lah cecah ratus. Lagipun masak guna HiG pan ni menyihatkan sebab guna sikit jer minyak tambah senang juga. Tak ada asap sangat pun walau menu bakar-bakar. Kalau tak bertambah-tambah jerebu dalam rumah haritu..


Ni menu saya dinner malam tu.. Grill lamb..lembut dan enak hasilnya..


Ikan kembung bakar... Isi tetap manis walaupun hangit2 sikit kat bawah..


Ikan merah bakar.. Yummy.. Isi putih dan lemak2 manis gitu.. Cicah pulak kicap sambal.. Haishhh.. Memang ratah lauk jer malam tu..


Masak lemak putih sayur utk both Damias. Aleesya meratah sampai 2 mangkuk sayur2 ni. Ayyunie pulak siap jilat jari licin macam lepas makan KFC.. Hihi..

P/s : Lepas ni nak try buat murtabak dan muffin pulak dalam HiG pan saya tu..:)
Post a Comment