Assalamualaikum dan selamat pagi...
Hujung minggu 2 hari sibuk ke sana sini uruskan kerja dan juga sambil2 bawa both Damias keluar..
Sampaikan nak tulis entry kat blog pun tak sempat..
Sabtu lepas bawa Aleesya gi renew passport. Sedar tak sedar dah nak masuk 5 tahun dah passport Aleesya. Expired Ogos ni. Wajib renew sebab kalau nak ke mana2 Luar Negara kena valid 6 bulan dari tarikh nak pergi.
Jenuh cari kedai gambar sebab masa kami pergi tu masih awal pagi. Last2 kat depan setia tropika juga yg buka seawal sebelum jam 10 pagi.
Haishhh. Nasib kami lah nampaknya. Kena menunggu angka giliran sampai 100 lebih. Bayangkan jam 10 kami sampai, jam 12:30 baru siap semuanya.
Kalau dah menunggu lama cam tu, power bank dan gadget jangan dilupakan. Saya tgk masing2 pun semua tangan tak lepas gadget masing2. Same goes to us. Both Damia sampai satu tahap boring tgk upin ipin pun, siap ajak balik lagi.. Hihi
Rezeki tak disangka-sangka. Tengah keboringan saya menunggu angka giliran saya, tiba3 ada seorang wanita datang menegur saya. Ok dalam hati saya terdetik may be dia ni silent reader blig saya. Lepas dia perkenalkan diri, rupanya dia adalah pelanggan baju kebaya dan skirt Zarina Ayu Collections. Sekali dia pergi kat galeri saya sendiri. Tapi saya tak ada so berurusan dengan pekerja saya. Sekali lagi saya COD habis cepat kat petronas taman U. Patutlah saya tak berapa cam.
Btw tq Siti Zakiah. Tak sangka dapat pelanggan yang tak disangka-sangka jua. Nasib baik dalam kereta ada 2 kotak Cocodamia. Itupun sebenarnya nak hantar kat dealer Larkin sebab masa dia amik stok tak cukup 2 kotak. Alhamdulillah.. Macam pisang goreng panas. Letak jer habis letak jer habis. Terima kasih Ya Allah.
Dan inilah rupa passport Aleesya yang baru. Setelah hampir 5 tahun, bukan wajah sahaja berubah, malah kualiti dan material passport pun berubah. Lebih keras dan polimer with care gitu. Senang to handle kata kawan saya yang keje kat Imigresen. Tapi apesal pulak gambar bewarna Aleesya jadi hitam putih dan muka macam kena sapu dengan tepung. Apa2 pun.. Lepas ni Aleesya dah boleh keluar negara dengan jayanya..
P/s: Peringatan utk diri sendiri. Passport saya dan ayah damia baru renew Dec tahun lepas sebab nak gi Umrah. Kalau tak memang kena renew sekali dgn Aleesya. Passport Ayyunie expired Bulan Ogos tahun 2014. Noted!!!
No comments:
Post a Comment