Tuesday, September 25, 2012

Setelah 3 kali pergi, setelah 2 kali order via phone, akhirnya baru merasa Burger Daging Bakar No 1 ni!!!




Semuanya gara2 burger bakar ni!!! Bayangkan 3 kali kami nak pergi makan kat sini, first time cakap kami kena tunggu 20 minit, tak kuasa nak tunggu. Second time sold out, masa tu kul 10 malam tak silap. Third time pergi pun tak ada rezeki, sebab sold out juga.




Penangan burger yang dibakar ni lah. Makkk aiii dagingnya bukan main besar lagi yer.. Kali pertama call kul 9 malam nak order, org tu kata sold out, so malam tadi ayah damia call awal sikit, nasib baik ada rezeki. Ayah damia call order kul 8:45 malam, kata penjual tu, ok.. No abang 52, current no 30... Perghhh order via phone pun ada no jugak tau..




Ni ler rupa burger bakar tersohor kat taman U skudai ni. Hurmm kami sampai kat gerai burger bakar ni pun dah kul 10 malam.. You know what?? Still kena tunggu lagi 2 giliran. Haha, tak siap lagi lah tu walhal dah order since jam 8:45 malam lagi.. Dasyat penangan burger bakar ni!!!




Memang besar lah burger ni.. Tak leh makan terus ngap.. Kena potong2 burger ni guna garpu dan sudu. Aleesya makan sampai sebelah burger ni!!

Harga utk 2 biji burger ni adalah RM14. Ada extra cheese.. Harga biasa tak sure pulak sebab first time makan kat sini.

Yang berminat nak cuba burger bakar no 1 ni, boleh dapatkannya di depan al-ikhsan yang kat papa chop mama grill tu. Sambil2 tunggu leh pekena nasi lemak ayam berempah kat sebelah tu. Tapi kalau nak selamat, baik order via phone dulu. Kang jenuh sejam lebih menunggu.

P/s: Nak rasa burger bakar rawang pulak.. Selalu gi KL, tapi tak berkesempatan nak ke rawang sana.. Hurmmm

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone
Post a Comment