Monday, September 24, 2012

Karnival Nusajaya {Eh, ada Hello Kitty Town lah}

Semalam masa otw balik dari Birthday Part Adam di KFC, Setia Tropika, ayah damia tanya ke manakah destinasi seterusnya?? Sekali saya cakap jom ke Karnival Nusajaya. Tak tahu pun karnival tu utk apa sebenarnya. Tahu pasal Karnival tu pun sebab nampak Awal Shaari share gambar MELODI live dari karnival tersebut dan beberapa status di FB tentang karnival tu.



Lagi 5km nak sampai ke karnival tersebut, perghhh jammed sakan yer. Siap ada yg patah balik buat u-turn ikut jalan yg sama.. Bahaya bahaya.. ayah damia dah merepek dlm kereta katanya minyak dah habis 1 bunga tangki.. Huhu apa nak buat, terperangkap sudaa




Mula2 sampai, kami bernasib baik sebab dapat parking area dalam karnival tu.. Jalan kaki pun dekat jer dgn tapak karnival berbanding yg parking kat tepi jalan besar tu. Hurmm persepsi awal sampai karnival ni tak ubaj macam Jom Heboh juga. Yang specialnya kat tgh2 karnival ni dibina satu rumah besar utk promosi Hello Kitty Town yg akan dilancarkan tak lama lagi.




Masuk dalam rumah playtime ni, memang dunia kanak2 semuanya. Ada bahagian Legoland, bahagian Hello Kitty dan juga tempat karakter2 kartun animasi yg lain. Tu both Damias dgn patung Barney!!!!




Choo choo train. Kalau sesiapa suka tgk kartoon chanel 613, playhouse disney tu, memang akan kenal karakter kartoon2 ni.




Ada juga xtvt2 sampingan yg lain macam games, mari mewarna, photoshoot bersama karakter kartoon dan lain lain.




Both Damias ralit mewarna pingu's!!! Lama gak melayan diaorg mewarna.




Saya dan Ballerina!!! Actually banyak lagi patung2 kartoon yg ada, cuma tak kuasa nak bersesak2 Q amik gambar tu.




Ada juga konsert di atas stage yg besar itu!!! Masa kami sampai Ramlah Ram tgh menyanyi. Btw ada juga nampak FIzo Omar di booth WHI. Ramai betul kerumunnya. Tak kuasa juga nak snap2 gambar.

Dah masuk karnival ni, saya dah dapat bayangkan keterujaan kanak2 diluar sana kalau dapat masuk Hello kitty town ni. Memang confirm anak2 anda akan suka. Macam dunia tu mereka yg punya. Mungkin watak2 kartoon tu dah biasa dilihat di kaca TV, so itu yg kanak2 suka tu.




Balik dari Karnival, singgah Chamek Kopitiam di Dangan Bay. Tempat makan feveret kami suami isterk sebab terdapat pelbagai makanan ringan dan berat kat sini. Lagi satu ada ruang aircond dan tak ada aircond. Tak macam sesetengah kopitiam memang tak ada aircond.



Awal kami dinner semalam.. Saja kengkonon balik rumah terus boleh rehat.. Hehe.. Antara makanan kami order adalah kuew tiaw goreng mamak udang, set mushroom soup, lempeng sambal dan kuah kari serta crispy chicken chop. Semuanya yummy!!!!

P/s: Nanti saya bagi panduan dan harga bayaran tiket utk ke Hello Kitty Town..

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

4 comments:

mummy_ayu said...

tu la.dengar2 bulan okt bukak kan? nak gak bawak iris..mesti dia suka...
nanti share2 ek..tq!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kalau amana dah menjerit2 tak keruan dah hihi

Anonymous said...

klw hello kitty tu
rasa mampu nak masuk murah skit kan
separuh rege legoland hehe

fmz said...

salam.

hello kitty land? alolo mesti cute gile..