Malam ahad lepas ada Marhaban di Jalan Pulai Jaya xx kat taman perumahan saya..
Kesempatan yang ada saya turut serta menerima jemputan marhaban ke rumah saya..
Mauu tak jemput, sah sah ayah damia tu setiausaha utk persatuan penduduk jalan Pulai Jaya xx..
Sah-sah ayah damia yang buat surat kan...kalau tak join marhaban memang ngelat lah kan..hehe
Merdu dan syahdu dengar alunan-alunan suara marhaban di rumah saya..
Both DAMIAs pun concentrate dengar alunan-alunan marhaban bersama saya di tingkat atas..
Tu gambar curi2 snap dari tangga atas..
Gambar snap guna HP..
Ni pula gambar both Damias malam tu..
Hahaha...ayah saudara dan mak saudara both Damias komen dalam FB yang diaorg ni dah macam minah indon dah...ekekekek...dah nama pun baju beli kat Bandung kan...ekekekeke...
Bab Marhaban ni selain daripada meriah dengar alunan2 marhaban, meriah juga dengan kanak2 yang berebut amik duit raya dari kita...malam tu tugas saya membahagikan duit raya kepada kanak2..haha..sampaikan ada budak tu 2-3 kali salam semata2 nak dapat 2-3 kali duit raya...budak2...layankan ajer...:)
Opsss...berbalik semula kepada tajuk entry ni..
Yang dimaksudkan saya masa kecik2 selalu jumpa, dah besar ni jarang2 jumpa adalah ketupat daun kelapa ni...rasanya dah jarang2 sangat generasi sekarang pandai menganyam ketupat ni kan...ni saya dapat pun sebab malam marhaban tu ada org bawakkan ketupat daun kelapa ni...yang bestnya tu yang menganyam ketupat ni adalah lelaki...hebat hebat!!!
Kecik2 dulu raya saya tak sah kalau tak ada ketupat ni..
Tapi sekarang ketupat ni org dah tak buat sangat sebab lebih ramai yang gemar masak nasi impit instant adabi atau Nona tu kan...hehe termasuklah saya...sebab senang dan murah pun murah...jimat masa lagi..tapi saya pasti rasanya tak sama dengan ketupat asli dalam daun kelapa tu kan...
Ketupat ni sedap dimakan bersama kuah kacang dan juga serunding..Yummmy..
Breakfast kami pada pagi isnin bersamaan pagi Anniversary kami..hehe..
p/s: Raya aritu mak saya buat ketupat dakap yang dalam tu ada pisang...uols pernah makan ketupat dakap ke??? dan uols pandai ke menganyam ketupat daun kelapa ni???
Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
No comments:
Post a Comment