Wednesday, April 27, 2011

Wide Angle Converter

 Rezeki daripadaNYA..
Dapatlah membeli gadget baru ni Ahad 2 minggu lepas..
Ni baru terhegeh2 nak buat story..

Awal tahun aritu dah survey...harga RM1K++..
Pastu last 2 week gi tanya lagi..
Tengok2 harga tertera RM899...
Lepas minta kurang dapatlah RM699..
Lepas kena saiko dan ibu cakap cina ngan salesman tu...
Alih2 saleman tu bagi harga runtuh2 giler..
Terkejut omak dan bapak dibuatnya...
Mau tak meroyan ayah damia terus beli tang tang tu jugak..
Bawak duit nak beli benda lain..
Terus melekat nak beli benda lain yer..
Tak pelah..kalau dah passion ke arah itu, tak salah kita habiskan duit utk hobi kita kan..

Apa bendanya itu??


Ni lah Wide Angle Converter..

Walaupun ia bukanlah Wide Angle Lens yang bernilai ribu raban tu...tapi cukuplah utk memuaskan hati utk mengambil gambar yang diingini..asalkan ia dapat memenuhi kehendak wide angle tersebut..

Sangat tertarik dgn kata2 yg ibu terjumpa masa googled ni..

"wide angle converters are not really wide angle lenses because they are not really shooting wide angle but rather just magnifying"  So I say, "ok, so it magnifies (or demagnifies)..but it is still giving me what I want despite if i get it through magnification or through one lens already set up for that angle."

Bukan setakat wide angle sahaja, tetapi gambar2 makro pun boleh diambil jugak...Gambar2 makro tu maksudnya gambar yang difokuskan jarak dengan lebih dekat lagi macam gambar bunga atau serangga..Contoh macam kat bawah ni..


Ni gambar yang guna Macro Converter..
Guna lens 50mm..



 Pada jarak yang sama..
Wajib ler sama kan..sebab guna lens 50mm..
Tanpa Macro Converter..
Nampak lebih jauh sikit kan..
Nampaklah ring cup CANON tu..
Kalau gambar yang guna Macro Converter tu 
Tak nampakkan ring cup tu..
So, kat situlah perbezaan guna Coverter ni.
(buat-buat faham lah yer)

Utk gambar wide angle pulak...
Nanti tunggu coming soon punya gambar yer..
This weekend nak gi berjimba2 kat Lumut kan..
So haruslah snap2 banyak2..
Takkan ku lepaskan peluang itu!!!!

p/s: Tahukah anda, lepas jer beli converter ni, terus simpan kamera dan converter dalam beg, tak de masa nak guna huhu...belum sempat snap2 lagi guna converter tu....This weekend baru nak "pecah dara"...hehe



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 
Post a Comment